Khamis, November 05, 2009

Ust Zamihan.. pandangan ketika 'suasana tegang'..

AMBIL TEMPOH BERTENANG (al-ghari.blogspot.com)

Wednesday, November 4, 2009

AMBIL TEMPOH BERTENANG
--------------------------------------------------------------
yusz felda :

kita tunggu perkembangan menarik selepas ini.. ada hujah yang belum kita dapat.. samada di pihak Dr Asri, Ust Zamihan, JAIS mahupun PGSM..

---------------------------------------------------------------------------


Kekecohan berlaku apabila sebahagian dari kita bertindak membelakangi undang2 agama dan tidak memahami prosedur pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri

Dua tiga hari kebelakangan ini, kecoh seluruh negara berhubung isu penahanan Dr Mohd Asri oleh Jabatan Agama Islam Selangor JAIS). Semua pihak mengemukakan pelbagai pandangan dan tanggapan mengenainya. Bagi saya, JAIS telah bertindak secara tepat berdasarkan Akta Kesalahan Syariah 559, 560, 561 yang digunapakai seluruh negeri2 di Malaysia dan Enakmen yang sedia ada di negeri Selangor di bawah kuasa Sultan sebagai Ketua Agama. Menahan mana-mana penceramah agama tanpa tauliah adalah prosedur biasa. Ia dirangka dan digunakan bagi menyeragam dan menjamin keharmonian agama di negara ini. Pendek kata, bukan sekadar JAIS, bahkan semua Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai kuasa untuk berbuat demikian di bawah Kuasa Sultan. Tidak menghormati peruntukan ini adalah beerti menderhaka kepada Baginda Sultan dalam negeri berkenaan.


Pihak Jabatan Agama Islam Negeri mempunyai bidang kuasa untuk menahan sesiapa sahaja yang didapati berceramah agama tanpa tauliah tanpa mengira kedudukan profesional, akademik @ sosial individu berkenaan. Namun di dalam enakmen yang berkaitan, tauliah boleh dikecualikan. Contohnya, jika individu tersebut mendapat jemputan 'rasmi' sebagai penceramah dari pihak berkuasa Agama Negeri (Jabatan Agama, Majlis Agama dan Jabatan Mufti). Atau menjadi tetamu istimewa Baginda Sultan. Memandangkan, Dr Mohd Asri tidak memiliki tauliah mengajar Agama Negeri Selangor, maka penahanan beliau adalah sesuatu yang biasa berlaku. Beliau juga boleh ditahan dimana-mana negeri sekalipun atas kes yang sama.


Sebenarnya, pihak berkuasa agama tidaklah terlalu 'jumud' dalam mengendalikan isu tauliah. Mana2 individu yang ikhlas berdakwah, menguasai disiplin ilmu agama, kebolehan @ kepakaran di bidang agama adalah dibenarkan berceramah. Kebenaran ini diberikan selagi mana penceramah berkenaan tidak menyampaikan pandangan yang bertentangan dengan fatwa yang sedang berkuatkuasa, tidak melibatkan politik kepartian dan tidak mencetuskan kontroversi agama. Atau tidak timbul sebarang laporan dari penduduk terhadap ceramah yang disampaikan. Jabatan Agama Islam mengenalpasti ramai yang tidak mempunyai tauliah. Tetapi, Jabatan masih tidak mengambil sebarang tindakan drastik untuk menahan mana-mana pendakwah. Sebaliknya, pihak Jabatan Agama sanggup mengeluarkan budget serta memberikan ruang dan peluang untuk memohon tauliah.


Namun, jika terdapat mana-mana penceramah cuba menyampaikan fahaman yang bertentangan dengan fatwa, politik kepartian, mencetuskan kontroversi..dan wujudnya aduan.. pihak berkuasa Agama Islam boleh mengambil tindakan ke atas penceramah berkenaan. Dan penahanan dilakukan mengikut manual prosedur yang digunapakai seluruh negara. Justeru, saya sifatkan penahanan Dr Mohd Asri @ sesiapa sahaja adalah berdasarkan kepada prosedur biasa yang sedia ada. Ia bukannya isu besar yang perlu diperbesarkan oleh orang kenamaan, ahli politik, pertubuhan atau orang awam.

Saya menyeru semua pihak agar jangan gelabah. Kita semua perlu bertenang. Biarkan pihak berkuasa Agama menguruskan bidang tugas mereka. Dan bersama kita menunggu kertas pertuduhan yang bakal dibacakan ke atas sesiapa sahaja yang melanggar undang-undang agama. Apabila pertuduhan dibacakan, baru kita jelas dengan kesalahan yang dilakukan.

Ketika itu, anda berhak anda tidak untuk mengaku bersalah atau mendapatkan khidmat guaman. Prosedur ini selari dengan hak asasi manusia. Dan semestinya anda tidak boleh menafikan hak pihak berkuasa menjalankan tugas. Dan dalam masa yang sama, anda boleh mendapatkan hak asasi sebagai manusia biasa. Cuba bertenang..ketenangan sesuatu yang indah bagi manusia.

MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH(al-ghari)

MEMBELA AKIDAH AL-SUNNIYYAH

Tiada ulasan: