Isnin, November 30, 2009

bIRRUH! bIDDAM! Nufdiika Ya Saddam! > Dengan ruh/semangat! Dengan Darah! Kami akan Menuntut Balas / berkorban Buatmu Wahai Saddam!

Siaran misteri Saddam kejutkan rakyat Iraq

30/11/2009 2:55am(utusan.com.my)

BAGHDAD 30 Nov. – Rakyat Iraq semalam dikejutkan dengan penyiaran rancangan bekas Presiden Saddam Hussein sempena ulang tahun pelaksanaan hukuman mati ke atasnya pada 2006 lalu.

Siaran yang disiarkan oleh satelit misteri ini dikatakan memuji bekas pemimpin diktator ini.

Tiada siapa yang mengetahui siapa dalang di sebalik penyiaran rancang yang digelar `Siaran Saddam’ ini, walaupun kerajaan Iraq mengesyaki ia dilakukan oleh parti Baathist, bekas pimpinan Saddam.

“Siaran Saddam tidak menerima bayaran daripada Parti Baathist, ia adalah untuk rakyat Iraq yang telah lama hidup di bawah pemerintahannya,” kata seorang lelaki Syria, Mohammed Jarboua yang ditemui oleh The Associated Press dan mendakwa adalah pengerusi siaran ini .

Dia berusaha keras untuk menyembunyikan dari mana ia disiarkan. – AP

------------

yusz felda :

" Jahatnya Amerika Syarikat 2006 pada saat kita menyambut Hari Raya Haji Saddam Hussein digantung?.. Kejahatan saddam, serah pada Allah... kejahatan US serah pada kita yang masih hidup.. insya allah.. Islam akan tertegak juga,,, Barrack Obama setakat ini kita lihat macam yang lain.. bela yahudi.. takut.. "

Tiada ulasan: