Khamis, November 12, 2009

Isu Royalti Minyak Kelantan : PM berbohong, tapi pecah juga... he he




http://kickdefella.wordpress.com

Yang Amat Berhormat Perdana Menteri,

Bagi pihak saya dan keluarga saya, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas persetujuan yang telah dibuat oleh YAB Dato’ Seri untuk memberikan kepada rakyat Kelantan wang bagi mengantikan aktiviti eksploitasi petroleum di blok PM301 di pesisir pantai Negeri Kelantan.

Walaupun suara saya tidak layak mewakili rakyat Negeri Kelantan tetapi saya yakin lebih dari separuh rakyat negeri ini menolak pendirian dan kepentingan politik mereka, secara jelas amat gembira dengan pengumuman yang dibuat oleh YAB Dato’ Seri di Dewan Rakyat tempoh hari. Bulan atau Dacing, Wang Ehsan atau Wang Royalti, itu semua politik bagi kami.

Apa yang bukan politik ialah menerusi pengumuman itu, YAB Dato’ Seri telah membuat satu pengakuan rasmi bahawa ada aktiviti ekploitasi petroleum di blok PM301.

Kami berharap dalam sedikit masa lagi, akan ada pula pengesahan bahawa adanya aktiviti eksploitasi di blok PM302. Seperti yang saya dimaklumkan blok PM301 dan PM302 akan semakin rancak dieskploit bermula 2011.

---------------------------

yusz felda : PM 1 orang! Rakyat Banyak Bah.. 26 juta.. PM boleh bohong, tapi Allah bisa membuka pekungnya.. he he

MAP EXPLORE AND EXPLOIT PM301-302

Tiada ulasan: