Kemboja tolak permintaan Thai tahan Thaksin

------------------------------------------------------------------------------------
bharian.com.my 11/11/09
PHNOM PENH: Kemboja hari ini menolak permintaan Thailand supaya menahan bekas Perdana Menterinya, Thaksin Shinawatra, yang dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh mahkamah, tahun lalu.
Dalam satu kenyatan Kementerian Luar Kemboja, permintaan untuk menahan Thaklsin untuk diekstradisi tidak boleh dipenuhi kerana kes yang dihadapinya bermotif politik dan tidak tertakluk dalam perjanjian ektradisi berkenaan.
Thaksin kini dalam lawatan ke Kemboja selepas dilantik kerajaan negara itu sebagai penasihat ekonomi, minggu lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan