Jumaat, November 06, 2009

Isu Dr. Mohd. Asri- temubual dengan mstar.com.my. TERKINI!

Presiden Jemaah Islam Malaysia, Zaid Kamarudin (kanan), Presiden PGSM, Mohamad Isa Abdul Ralip (tengah), Penasihat PGSM, Ahmad Burok (kiri) dalam sidang akhbar pada hari ini (6/11/09> mstar.com.my)

Dr Asri akan kemuka saman, kesal sikap PGSM

PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis kesal dengan keputusan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), untuk terus mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) kepadanya.

Shahidan Persoal Kewibawaan PGSM Dalam Isu Mohon Maaf Kepada Dr Asri

Oleh ZIEMAN PETALING JAYA: Pendirian Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) untuk pertahankan memorandum dan enggan memohon maaf kepada Dr Asri secara tidak langsung menggambarkan kewibawaan persatuan tersebut.

Isu Dr Asri: PGSM Bakal Disaman Ahlinya Sendiri

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) bakal disaman oleh ahlinya sendiri jika presiden dan exconya bertegas untuk tidak menarik balik memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainul Abidin.

Isu Dr Asri: PGSM Pertahan Memorandum, Tiada Permohonan Maaf

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK KUALA LUMPUR: Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) tetap dengan pendirian untuk mempertahankan kandungan memorandum yang dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong berikutan bantahan terhadap penawaran jawatan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) terhadap bekas Mufti Perlis, Dr Asri Mohd Zainul Abidin.

Shahidan Cadangkan 'Satu Mufti Besar' Ketuai Mufti-mufti Kerajaan Negeri

Oleh ZIEMAN PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menjelaskan isu 'satu mufti' yang dicadangkan seperti yang dilaporkan oleh media hari ini, sebenarnya merujuk kepada 'satu mufti besar.'

Shahidan: Umat Islam Di Perlis Bukan Wahabi!

Oleh ZIEMAN PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini berterima kasih kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim kerana telah memberi penjelasan bahawa fahaman Wahabi tidak sesat.

Dr Asri Selar Kenyataan Pengarah JAIS

Oleh ARIFFUDDIN ISHAK PETALING JAYA: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkan kenyataan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohamed Khusrin Munawi bahawa orang bukan Islam tidak boleh memasuki masjid merupakan satu pandangan yang sempit.

------------------ YUSZ FELDA :

" hairan kita.. baru sahaja Menteri jadi orang tengah settle masalah.. tub-tub! di belakang lain pula ceritanya... siapa yang bersalah? masih menjadi teka-teki.. "

Tiada ulasan: