Khamis, November 05, 2009

Apabila Dr Mohd. Asri dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia hari ini..


Isu saman Dr Asri dan PGSM selesai:

Jamil Khir(bharian.com.my 5/11/09)

KUALA LUMPUR: Isu saman antara bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, dan Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) kini dianggap selesai setelah kedua-dua pihak itu bermusyawarah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom hari ini.

Beliau berkata, Dr Mohd Asri dan PGSM mengadakan pertemuan dan bermusyawarah tengah hari tadi di hotel Palace of Golden Horses di Seri Kembangan dekat sini.

"Ini satu perkembangan positif dan InsyaAllah nanti kenyataan akhbar PSGM akan diberikan dan semangat sebeginilah yang sepatutnya ada di kalangan umat Islam.

"Dr Mohd Asri dalam keterbukaannya setuju dengan cadangan perdamaian," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Lembaga Pemegang Amanah (MALPA) Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) di sini.

Ketika ditanya mengenai cadangan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) supaya ditubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelesaikan isu pertembungan beberapa aliran pemikiran di kalangan umat Islam di negara ini, Jamil Khir berkata ia adalah satu cadangan yang baik.

Menteri itu juga menjelaskan bahawa hak untuk mengeluarkan pertauliahan kepada seseorang ulama adalah terletak kepada sesebuah kerajaan negeri.

Mengenai Yayasan Wakaf Malaysia yang ditubuhkan pada 23 Julai 2008 di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (Jawhar), Jamil Khir berkata ia untuk menyatu dan mengembleng sumber-sumber wakaf supaya dapat dijadikan sumber modal ekonomi berpontensi tinggi.


"------------------------------------yusz felda :

kita menantikan kenyataan dari pihak PGSM..

Tiada ulasan: