Isnin, Januari 02, 2012

TV3 hina Jawatankuasa Fatwa Kedah? >> DAH LUPA KA TV 3?

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 2 Jan: Pemuda PAS melihat rancangan Aduan Rakyat TV3 yang setiap hari membawa isu Madrasah Salihiah, Alor Setar, Kedah membawa agenda tersirat untuk menghasut rakyat menolak peranan Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah dengan agenda politik tertentu.

Demikian kata naib ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam satu kenytataanya hari ini.

Kerajaan negeri baru-baru ini menjelaskan, perobohan surau ini tidak lakukan dengan sewenang-wenangnya terhadap tanah wakaf yang libatkan kepentingan Islam.

Ia dirujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah yang diketuai oleh Dato' Sheikh Badaruddin Hj Ahmad. Majlis Fatwa bermuzakarah dan memutuskan bahawa surau tersebut boleh diroboh berdasarkan kaedah Istibdal iaitu berlaku pindah wakaf kepada manfaat yang lebih besar.

Pampasan RM1.48 juta diberi kepada MAIK selaku pemegang amanah surau untuk mendapatkan wakaf yang baharu.

Di lokasi yang dirobohkan akan dibina surau baru yang lebih luas boleh mengisi 400 jemaah dalam satu masa berbanding 200 jemaah dalam surau lama.

Surau baru dibina dan pampasan untuk adakan wakaf yang baharu diberi lagi. Roboh satu dapat dua dan lebih manfaat!, jelas kerajaan negeri Kedah dalam satu kenyataan sebelum ini.

Sehubungan Raja Ahmad (gambar) berpendapat, melihat kesungguhan TV3 membawa keputusan Jawatankuasa Fatwa Kedah sebagai keterlaluan kerana membuat keputusan agar Madrasah Salihian boleh dirobohkan adalah tidak tepat.

Seolah-oleh TV3 memperjuangan hasrat keseluruhan rakyat Islam agar menolak Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah di atas keputusan tersebut, katanya.

"Bagi kami, TV3 lupa pada bulan Julai 2004 tentang keputusan san Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telah membuat keputusan mengharamkan Konsert ‘Sure Heboh’ dahulu, tetapi TV3 masih meneruskan pengisian konsert seumpama ini sehingga kini.

"Jelas tindakan TV3 tersebut menolak keputusan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang diputuskan oleh seluruh Mufti di Malaysia," katanya.

Raja Ahmad juga mengungkit, TV3 mungkin tidak ingat pada bulan November 2006 tentang Surau Kampung Berembang, Ampang, Selangor dahulu yang telah dirobohkan jika isu yang dimainkan oleh TV3 bahawa rumah ibadat menjadi isu yang sama ianya dirobohkan.

Tidak pula ketika itu, TV3 membawa perkara ini meminta agar Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mendapatkan keputusan status Surau tersebut?

"Di sini jelas bahawa TV3 sengaja membawa isu Madrasah Salihiah kepada pendekatan politik yang tidak sihat," katanya.

Tiada ulasan: