Khamis, Januari 26, 2012

Aziz Bari: Khoo Kay Kim buat hal lagi>> BOLEHNYA PROF KHOO KATA HANG TUAN TAK WUJUD? MANA PERKASA? MANA EZAM?


Prof Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru ini.

NONE"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud.

"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.

Khoo sebelum ini dilaporkan berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.

Tiada ulasan: