Isnin, Januari 02, 2012

Pemuda BN S'wak kutuk perhimpunan 9 Jan>> HEBAT SAMPAI KE SARAWAK??

Pemuda BN Sarawak mengutuk sekeras-kerasnya penganjur kempen "Bebas Anwar 901" sempena keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari ini.

Ketuanya Datuk Fadillah Yusof berkata kempen itu menggambarkan mereka yang bersimpati dengan penasihat PKR itu tidak menghormati undang-undang negara dan meletakkan kepentingan individu lebih daripada kemakmuran rakyat dan negara.

Beliau berkata penganjur itu juga mahu memburuk-burukkan imej negara sekali gus memberi gambaran negatif kepada pelancong dan pelabur tentang Malaysia.
Katanya penganjur berkenaan juga jelas mempermain dan mempersendakan serta cuba melengah-lengahkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengenai kes liwat itu pada 9 Jan ini.
Dalam pada itu Fadillah menasihati rakyat Sarawak yang berada di ibu negara ataupun di mana-mana sahaja agar mereka tidak terjebak dan terbabit dalam perhimpunan yang tidak memberi faedah kepada negara.
- Bernama

Tiada ulasan: