Isnin, Januari 02, 2012

PROGRAM PENERANGAN PAS PUSAT DI SABAH & SARAWAK

Written by Harakahdaily  
KUALA LUMPUR, 2 Jan: PAS memberikan harapan penuh untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu kerusi Parlimen di Sabah dan satu lagi di Sarawak dalam pilihan raya umum nanti.
(Sebahagian tetamu yang menyertai majlis PAS di Tawau...kebanyakan mereka adalah remaja.)
Perkara ini dinyatakan Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang baru pulang mengetuai ekspedisi lima hari ke kedua-dua negeri itu.

Beliau mengetuai rombongan Lajnah Penerangan PAS yang disertai 14 anggota lajnah itu termasuk timbalannya, Datuk Seri Nizar Jamaludin.

Rombongan itu berada dua hari di Sarawak iaitu 28 dan 29 Disember dan tiga hari di Sabah iaitu 30, 31 Disember 2011 dan 1 Januari 2012.

Di Sarawak, mereka ke Kucing, Miri dan Labuan manakala di Sabah mereka ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.
(Tuan Ibrahim melaksanakan upacara belah mulut untuk seorang bayi di Sandakan.)

Di Sarawak Tuan Ibrahim mengetuai rombongan ke Sandakan bersama Nik Zawawi Salleh dan Ustaz Idris Ahmad.

Setiausaha Penerangan, Misbahul Munir Masduki bersama Exco kerajaan negeri Kelantan, Dr Fadzli dan Salehin Mukhyi ke Tawau.

Nizar pula bersama Ustazah Nuridah Salleh, Puan Salbiah Wahab dan Suhaimi Embong ke Kota Kinabalu.

Kesemua anggota sempat memberikan ceramah kelompok, melawat pulau-pulau dan mendengar sendiri kelohan rakyat Sarawak di samping mengedarkan risalah parti di malam sambutan tahun baru.

Suhaimi Embong pula mengendalikan bengkel ICT bagi membentuk soldadu cyber di Sabah dn Sarawak.

"Berdasarkan sambutan yang sangat baik ini dan penerimaan mereka terhadap PAS terutama ekspedisi ini, kami yakin PAS dapat menghantar satu wakil dari Sabah dan satu dari Sarawak ke Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang," kata Tuan Ibrahim.

PAS di jangka akan bertanding sekurang-kurangnya tiga kerusi Parlimen di Sabah dan tiga di Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang.
(Pimpinan PAS Sarawak bersama rombongan Penerangan PAS Pusat bertemu dalam satu majlis taklimat di Kucing.)

Bagaimanapun, perbincangan masih diteruskan dengan rakan-rakan mereka dalam Pakatan Rakyat iaitu PKR dan DAP.

Pakatan pada dasarkan yakin, berdasarkan pencapaian mereka dalam pilihan raya negeri Sarawak yang lalu, Pakatan akan menang 10 kerusi Parlimen di negeri itu dalam pilihan raya umum nanti.

Tiada ulasan: