Written by Harakahdaily
Rabu, 25 Jan 2012 17:13
KUALA LUMPUR, 25 Jan: Para pemimpin Umno kini mula mempertikaikan tindakan presiden mereka yang berlebihan mempromosikan dirinya sedang nama baik parti dan negara terus menjunam.Mereka mula menyedari hal ini sejak akhir-akhir ini apabila kajian yang dibuat menunjukkan rating Datuk Seri Najib Razak terus meningkat.
(Hanya nama Najib yang naik ratingnya...yang lain-lain merudum)
Tetapi dalam masa yang sama rating pemimpin kerajaan yang lain, Umno, Barisan Nasional bahkan kerajaan Malaysia sendiri terus merudum.
"Kalau macam ini berterusan, dalam pilihan raya nanti dia je lah yang menang, kami semua lingkup," kata seorang pemimpin Umno yang kini mula bosan dengan apa yang berlaku.
Menurut beliau yang bertanding dalam sebuah Dun tetapi kalah dalam pilihan raya umum 2008 lalu, pelbagai kajian menunjukkan populariti Najib meningkat hatta melampaui Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bahkan, nama timbalan beliau, Tan Sri Muhyidin Yassin terus menjunam ke belakang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan