Sabtu, Januari 14, 2012

Keyakinan rakyat terhadap BN semakin meningkat – PM??? >> tak lama PRU 13?

SUMBER

14/01/2012 2:46am

BUKIT GANTANG 14 Jan. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat persekutuan dan negeri semakin meningkat kerana perikatan itu mengotakan janji mengikut kemampuan.
Perdana Menteri berkata, rakyat menyedari BN bukanlah kerajaan yang gemar bermain politik bersifat populis serta berjanji perkara yang tidak berpijak di bumi nyata.
"Apa yang kita mampu lakukan, kita lakukan dan apa yang kita janji kita laksanakan sebagai kerajaan,” katanya ketika berucap merasmikan Program Pemukiman ADUN-ADUN BN seluruh negara di Jalan Simpang, di sini, semalam.
Beliau berkata, janji-janji itu dibuktikan dengan pelbagai bantuan yang diberikan kepada rakyat seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), kewujudan Kedai Rakyat 1Malaysia dan Menu Rakyat 1Malaysia, pemberian subsidi dalam pelbagai sektor seperti subsidi petrol.
Selain itu, Najib juga membayangkan akan mengumumkan “durian runtuh” untuk masyarakat peneroka tidak lama lagi dan beberapa insentif lain untuk rakyat.
"Jumlahnya saya tidak akan beritahu lagi, sampai masa nanti saya akan umumkan. Biar suspens sikit,” katanya. – BERNAMA

Tiada ulasan: