Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pihak yang tidak berpuas hati dalam insiden di Tanjung Malim semalam wajar tampil mengemukakan bukti masing-masing.
"Saluran menyuarakannya ada, contohnya melalui SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia)," katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Seramai 17 mahasiswa ditahan dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan UPSI semalam dan seorang cedera serta dikejarkan ke hospital.
Kejadian itu mengundang kritikan keras pelbagai pihak, termasuk pembangkang, kumpulan mahasiswa, peguam dan NGO.
Pihak polis bagaimanapun menafikan menggunakan kekerasan dan mendakwa kecederaan peserta perhimpunan disebabkan "rempuhan sendiri" ke klinik berdekatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan