Isnin, November 14, 2011

Kongsi gelap: 39 calon SPM antara 180 ditahan>> GILA2 SUDAH PELAJAR KITA.. KE MANA HALA TUJU HIDUP??

SUMBER

IPOH 13 Nov. - Seramai 39 pelajar yang berusia 17 tahun dan bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) esok adalah antara 180 individu yang ditahan kerana cuba menyertai satu kumpulan kongsi gelap.
Kesemua 180 yang ditahan, termasuk penjawat awam dan tujuh wanita diberkas dalam serbuan polis di sebuah rumah rehat di Teluk Batik, Lumut, kira-kira 110 kilometer dari sini, malam tadi.
Dalam serbuan yang diadakan pukul 9 malam itu, polis menerima maklumat daripada orang awam bahawa wujudnya cubaan untuk merekrut ahli kumpulan kongsi gelap di rumah rehat itu.
Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahlan memberitahu, serbuan dibuat oleh sepasukan anggota dan pegawai Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 17 hingga 30 tahun termasuk tiga kakitangan awam.
"Siasatan awal mendapati, satu upacara angkat sumpah dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap berlaku di rumah rehat itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Mohd. Shukri berkata, mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung untuk siasatan lanjut.

Tiada ulasan: