Isnin, November 14, 2011

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid>> JOM BACA!!!

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 1
BAHAGIAN KEWANGAN,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2011
GARIS PANDUAN
BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN
RM100 KEPADA MURID
TAHUN 2012
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 2
GARIS PANDUAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 2012
1. PENDAHULUAN
Pada 7 Oktober 2011, YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Kewangan I telah membentangkan Bajet Negara bagi tahun 2012. Dalam pembentangan tersebut, kerajaan telah meluluskan peruntukan sejumlah RM530 juta untuk pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada murid tahun 1 hingga tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2012.

2. OBJEKTIF
Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid kerana pada lazimnya ibu bapa atau penjaga akan membuat persiapan untuk membeli barang-barang keperluan anak untuk ke sekolah pada bulan Disember 2011 sebelum sekolah buka.

3. KRITERIA KELAYAKAN
3.1 Murid warganegara Malaysia dari Tahun 1 hingga Tingkatan 5 sesi persekolahan 2012.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 3
3.2 Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.

4. TEMPOH PELAKSANAAN
Pelaksanaan bantuan ini adalah bagi sesi persekolahan 2012 sahaja.

5. KADAR
Kadar bantuan adalah sebanyak RM100.00 bagi setiap murid.

6. TANGGUNGJAWAB JABATAN
6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
6.1.1 Pembayaran bantuan dikredit ke akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
6.1.2 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran.
6.1.3 Mengeluarkan Surat Siaran pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 4
6.1.4 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
6.2 Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)
6.2.1 Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini.
6.2.2 Melaporkan rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada KPM mengikut tarikh seperti Jadual 1 berikut:
Jadual 1 TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN TAHUN / TINGKATAN TINDAKAN
10 Disember 2011
Tahun 2 hingga tingkatan 5 sesi 2012
JPN kepada KPM
10 Februari 2012
Tahun 1 sesi 2012
JPN kepada KPM
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 5
6.2.3 Membuat pemantauan bagi memastikan pelaksanaan pembayaran bantuan mengikut prosedur dan peraturan kewangan yang ditetapkan.
6.3 Sekolah
6.3.1 Mengenalpasti murid yang layak menerima bantuan.
6.3.2 Menyemak dan merekod peruntukan yang diterima ke dalam Buku Tunai KWK di bawah Lajur Pelbagai dengan menyelenggara Akaun Subsidiari.
6.3.3 Resit Rasmi Pejabat (RP.01) hendaklah dikeluarkan oleh sekolah apabila peruntukan telah sah dimasukkan ke akaun KWK oleh bank. Resit hendaklah dikeluarkan atas nama Setiausaha Bahagian Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dikemukakan ke Bahagian Kewangan KPM.
6.3.4 Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid. Bantuan hendaklah diserahkan kepada murid yang layak dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima oleh pihak sekolah.
6.3.5 Bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK, BSN akan membuka akaun sementara (one-off) bagi tujuan pembayaran. Pihak sekolah perlu melantik 3 orang
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 6
pegawai kanan yang diberi kuasa untuk tujuan pengeluaran wang bantuan dari bank. Maklumat pegawai berkenaan (nama, nombor kad pengenalan dan jawatan) hendaklah dikemukakan kepada KPM untuk urusan pembukaan akaun di BSN.
6.3.6 Pengagihan bantuan selain daripada wang tunai adalah TIDAK dibenarkan.
6.3.7 Memastikan ibu bapa/penjaga/murid menandatangani senarai Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan seperti di Lampiran 1 yang disaksikan oleh 2 orang guru.
6.3.8 Menghantar rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan kepada JPN seperti Jadual 2 berikut:

Jadual 2 TARIKH SERAHAN AKUAN PENERIMAAN/ PENOLAKAN BAYARAN TAHUN / TINGKATAN TINDAKAN
28 November 2011
Tahun 2 hingga tingkatan 5 sesi 2012
Sekolah kepada PPD/JPN
1 Februari 2012
Tahun 1 sesi 2012
Sekolah kepada PPD/JPN
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 7

7. TATACARA PENGELUARAN WANG
Tatacara pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa. Pihak sekolah hendaklah mematuhi kaedah pengeluaran wang tunai seperti berikut :
7.1 Pengeluaran wang sehingga RM10,000.00 oleh Pengetua/Guru Besar hendaklah diiringi dua (2) orang guru; atau
7.2 Pengeluaran wang melebihi RM10,000.00, Pengetua/Guru Besar adalah dinasihati supaya mengambil langkah-langkah keselamatan tambahan seperti mendapatkan perkhidmatan eskot polis berdasarkan Arahan Perbendaharaan (AP 137) iaitu mengenai Tanggungjawab Bagi Wang Tunai Dalam Perjalanan.

8. MURID BERPINDAH SEKOLAH
Bagi sekolah yang telah membuat pembayaran bantuan khas ini kepada murid yang akan berpindah sekolah, perlu mengecop ‘TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100’ pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pertindihan pembayaran Bantuan di sekolah baru nanti.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 8

9. KEKURANGAN DAN LEBIHAN PERUNTUKAN
9.1 Kekurangan Peruntukan
Sekiranya berlaku kekurangan peruntukan, pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada Kementerian melalui JPN/PPD bersama rumusan Akuan Penerimaan/Penolakan Bantuan. Tarikh akhir untuk JPN kemukakan kepada KPM adalah pada 10 Disember 2011 (bagi murid tahun 2 hingga tingkatan 5) dan 10 Februari 2012 (bagi murid tahun 1).
9.2 Lebihan Peruntukan
Sekiranya berlaku lebihan peruntukan, Pengetua/Guru Besar hendaklah mengembalikan lebihan tersebut kepada Bahagian Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 Mac 2012.

Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 9

10. PENUTUP
10.1 Sekolah hendaklah mematuhi Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah.
10.2 Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.
10.3 Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, JPN/PPD/Sekolah boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03-8884 7642/ 7643.
Garis Panduan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada Murid 10

LAMPIRAN 1
FORMAT SENARAI AKUAN PENERIMAAN/PENOLAKAN BANTUAN RM100.00
NAMA SEKOLAH : ………………………………………………………..
KOD SEKOLAH : ………………..
ALAMAT SEKOLAH: …………………………………………………………………………………………..
NO. TELEFON/FAX : ………………. PERUNTUKAN DITERIMA : RM……………..
SEKOLAH PERUNTUKAN DIAGIH : RM……………..
LEBIHAN/ KURANGAN : RM …………….
BIL
NAMA MURID
MENERIMA /MENOLAK TAWARAN BANTUAN
NAMA PENERIMA
NO. KAD PENGENALAN PENERIMA
TARIKH
TANDATANGAN

Tandatangan Guru Pembayar Tandatangan Saksi (Guru) Disahkan Oleh Pengetua / Guru Besar
……………………………… ………………………………… …………………………………..
Nama : ……………………………… Nama : ………………………………… Nama : …………………………………
No. K/P : ……………………………… No. K/P : ………………………………… No. K/P : …………………………………
Cop Sekolah: ……………………….. Cop Sekolah: …………………………… Cop Sekolah: ……………………………
Tarikh: ……………………………… Tarikh: …………………………………. Tarikh: …………………………………

Tiada ulasan: