Jumaat, November 25, 2011

Bil Perhimpunan dibentang, perbahasan Selasa ini>> SIAPALAH NAK SOKONG?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, di sebalik bantahan dan demonstrasi yang menuntut ia ditarik balik.

NONEBagaimanapun perbahasan bagi rang undang-undang itu yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama Selasa lalu, akan diadakan pada Selasa depan.

Perbahasan sebelum ini dijadualkan pada  24, 29 November dan 1 Disember.

Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Selasa kerana cuti awam sempena Awal Muharam yang jatuh pada Ahad ini.
Sementara itu, ketika membahas usul pemansuhan tiga pengisytiharan darurat itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemansuhan beberapa undang-undang lapuk tidak bererti kepada amalan demokrasi berikutan pengenalan rang undang-undang baru yang lebih keras.

Sambil menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, katanya, rang undang-undang Perhimpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.

“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.

NONE“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan rang undang-undang itu masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.

Beliau merujuk cadangan rang undang-undang itu yang memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan: