Ahad, Mei 30, 2010

Tapak Misteri di atas karpet Masjid al-Muhajirin, Felda Umas, Tawau!

Lokasi biasanya dijumpai berdekatan pintu masuk/keluar dekat tandas masjid.. Ahli jemaah memang kagum dan takjub dengan saiz sebesar kotak mancis... kadang-kadang bilangan banyak.. wujud kadang-kadang time solat Maghrib dan bila dipadam, ia wujud lagi time habis solat isyak.. Sekrang dah jadi kebiasaan ahli jemaah melihat objek tersebut.. warna putih seperti tepung sahaja.. bisa dipadam dengan mudah.. TAPAK KAKI JIN! Itu antara telahan ahli jemaah..

  

Tuan/Puan bisa datang ke masjid dan jika diizinkan allah, boleh melihat sendiri 'tapak kaki jin' tersebut... Ya, bukan perkara pelik Jin juga solat jika ia beragama Islam..

Pernah Hj Norbin (salah seorang ahli jemaah) berbaring di ruang legar masjid.. badannya menghadap ke pintu luar.. beliau mendengar suara manusia bersembang 'loghat Semenanjung' kira-kira 5-10 meter di belakangnya.. sedang beliau berehat, datang seorang musafir solat.. difikirnya mungkin pemuda ini rakan kepada 'manusia yang bersembang-sembang' tadi.. tamat sahaja solat, musafir tadi keluar masjid tanpa iringan sesiapa.. Hj Norbin bingkas bangun dan melihat kembali arah lokasi suara-suara tadi.. ternyata.. TERNYATA, TIADA SIAPA!!! SUARA JIN? TAK MUSTAHILL..

KEPADA PENJEJAK MISTERI, DIALU-ALUKAN DATANG KE MASJID INI UNTUK MENILAI KETULENAN BERITA INI.. 

APA PUN, INGATLAH ' BAGI ALLAH KERAJAAN DI LANGIT DAN DI BUMI'...
 
*KEJADIAN DISEDARI BEBERAPA BULAN KEBELAKANGAN DAN TERUS BERJALAN...

Tiada ulasan: