Rabu, Mei 26, 2010

Tanah KTMB di Singapura dan Royalti Minyak di Kelantan... mengapa Kelantan di anaktirikan?

pada Kelantan

Salmah Mat Husain   
KOTA BHARU, 26 Mei: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mahu Kerajaan Pusat menyelesaikan isu tuntutan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan negeri sejak tahun lalu secepat mungkin.
Menurutnya, sekiranya Kerajaan Malaysia menyerahkan semula tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada negara jiran itu, kenapa kerajaan tidak melakukan perkara yang sama terhadap kerajaan Kelantan.

Beliau berkata demikian sebentar tadi ketika mengulas isu penyerahan semula tanah milik KTMB di Tanjung Pagar, Singapura kepada kerajaan negara itu.

Tuan Guru berkata, sekiranya Malaysia boleh bertolak ansur dengan negara lain, kenapa tidak boleh berbuat demikian dengan negeri yang berada di dalam negara ini sendiri.

Tiada ulasan: