Selasa, Mei 18, 2010

Lulus judi diberi, nak kawal judi. Nak kawal pelacuran, zon pelacuran dibina? Itukah jalan penyelesaian...

Selepas judi, mungkin zon pelacur selamat pula
Ali Hashim   
BUTTERWORTH, 18 Mei: Naib Yang Dipertua II Persatuan Ulama Malaysia (PUM) Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Nordin (gambar) menyelar tindakan kerajaan membenarkan perjudian sempena bola sepak Piala Dunia pada bulan Jun depan.

Menurut beliau, sekiranya kerajaan boleh meluluskan lesen untuk membenarkan perjudian dilaksanakan, maka tidak mustahil sekiranya suatu hari nanti ia akan merebak kepada perbuatan haram lain pula seperti zon pelacur selamat dengan alasan untuk mengelakkan Aids atau siplis dengan bersyarat pula.

-----------------------
respon : Naib Presiden Pas Tuan Ibrahim ketika mengadakan ceramah di Semporna, Sabah semalam (17/5/2010) menempelak pihak berkuasa.. katanya APAKAH JALAN TERBAIK MEMBERI LESEN MEROMPAK KEPADA PEROMPAK UNTUK MENGAWAL AKTIVITI ROMPAKAN?

Tiada ulasan: