Isnin, Mei 31, 2010

Konvoi Gaza : 16 mati,kapal dirampas! Pas desak Parlimen Khas!


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 31 Mei: PAS mendesak Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak segera memanggil sidang khas Parlimen bagi membincangkan serangan Israel  ke atas Konvoi Bantuan ke Gaza.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata pihaknya akan berbincang segera dan mengutuskan surat kepad Perdana Menteri bagi mengadakan sidang tersebut.

"Masih sempat lagi jika surat dihantar esok (Selasa) untuk PM buat persidangan kas ini samada Khamis atau Jumaat," katanya ketika sidang media bersama seorang lagi Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar di Pejabat Agung PAS hari ini.

"Kita mahu kerajaan bertindak segera, dan paling awal perlu ada sidang khas untuk membincangkan apa tindakan yang perlu dibuat," katanya.

PAS juga katanya akan menyerahkan memorandum bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat dekat sini esok pada jam 12.00 tengahari.

Tiada ulasan: