Sabtu, Mei 29, 2010

Tabiklah sama Abishit! Mahu bertanggungjawab..

Perintah berkurung di Bangkok berakhir: Abhisit

2010/05/29

BANGKOK: Perintah berkurung yang dikuatkuasakan di Bangkok dan 23 wilayah lain berakhir hari ini dan tidak akan disambung, namun undang-undang darurat di kawasan sama kekal.

Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, berkata kerajaaan akan terus memantau situasi keselamatan di wilayah berkenaan dengan menguatkuasakan undang-undang darurat sehinggalah keadaan mengizinkan ia ditarik balik.



Bagaimanapun, beliau mengalu-alukan orang awam menyerahkan bukti bagi menyokong dakwaan mereka bahawa terdapat beberapa anggota tentera melepaskan tembakan rambang dan akan membenarkan satu inkuiri bebas menyiasat perkara itu serta mengambil tindakan sewajarnya.
-------------------------------------------------
yusz : Cuba lihat ayat di bawah :>>> 


Perdana Menteri itu juga sanggup bertanggungjawab terhadap kematian 85 orang dan kecederaan 1,400 yang lain bagi tempoh 10 minggu tunjuk perasaan berlangsung, jika inkuiri bebas itu memutuskan beliau bertanggungjawab dalam perkara itu


<< apakah tuan/puan merasakan PM Malaysia seorang bertanggungjawab???

Tiada ulasan: