Selasa, Mei 18, 2010

JUDI DILULUS SECARA SENYAP OLEH KABINET. DOSA YANG DIKETAHUI SEMUA. DI MANA MARUAH UMNO YANG MELAUNG-LAUNGKAN CINTA ISLAM?

Minggu lepas, Menteri Kewangan secara rasminya memberi lesen judi bola kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.( rakan-rakan di Kuala Lumpur mengadakan bantahan selepas Solat Jumaat pada Hari Jumaat lepas- namun diganggu oleh pihak polis)

Tindakan ini dilihat sebagai melampau dan mencabul kehormataan rakyat apabila Kerajaan Islam Hadhori tidak mempunyai niat langsung untuk berbincang dengan rakyat berkenaan pemberiaan lesen judi bola sebelum dilaksanakan di negara kita. Perkara ini turut tidak dibawa berbincang di Parlimen.

Yang lebih memeritkan hati, lesen ini dihadiahkan kepada satu syarikat tidak aktif, Ascot Sports yang 70% sahamnya dimiliki Tan Sri Vincent Tan, yang juga merupakan pemegang saham terbesar di Berjaya Corp.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

Selain itu Awang Adek juga berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Itulah kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan kita yang sanggup menjadi kambing hitam dalam menjaga imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan untuk mengumumkan berita buruk ini kepada rakyat. 


SAYA EDIT DARI TULISAN LI FOOK GAO 
-WWW. HARAKAHDAILY.NET -  

MINTA RAKYAT MALAYSIA BERAGAMA ISLAM KHASNYA DAN MALAYSIA AMNYA AGAR MENILAI KEFAHAMAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP AGAMA ISLAM.. BUKANKAH AGAMA ISLAM DAN AGAMA-AGAMA LAIN JUGA MELARANG JUDI? SOOO... BUAT APA DIBERI LESEN? KALAU ALLAH MURKA DAN TURUN BALA MACAM MANA? SAMA-SAMA LAH KITA TERIMA PADAHNYA.. SYUKUR LAH UMNO TERKASIMA JUGA DENGAN KEKALAHAN DI SIBU.. KALAU TIDAK,NTAHLAH LESEN APA PULAK YANG AKAN DIKELUARKAN OLEH PIHAK BERKUASA.. :(

Tiada ulasan: