Jumaat, September 30, 2011

TPM arah siasatan murid dihalang duduki UPSR


SUMBER

2011/09/29

PONTIAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Jemaah Nazir melakukan siasatan terhadap dakwaan lima murid Sekolah Kebangsaan Telok Sira, Baling, Kedah, tidak dibenarkan mengambil peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) oleh guru mereka.

Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran berkata, beliau berasa amat dukacita jika dakwaan itu terbukti benar dan akan mengambil tindakan terhadap guru besar atau pengetua sekolah berkenaan.
"Jikalau (dakwaan) benar, saya amat dukacita," katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra rakyat di perkarangan Masjid Jamek Kampung Sungai Bunyi di sini, hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan menggunakan kuasanya di bawah akta sebagai Menteri Pelajaran bagi memberi peluang kepada murid berkenaan untuk mengambil peperiksaan UPSR pada tarikh yang akan ditentukan kelak.

Tiada ulasan: