Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu artikel yang didakwa memfitnahnya ditarik balik dan permohonan maaf secara terbuka serta tanpa syarat dari
Bernama kerana menyebarkan 'berita palsu dan dusta,' ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

Lim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi, dalam satu temu bual dengan Radio Australia pada 20 Sept lalu.
Lim bagaimanapun menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berkenaan dan mendakwa mempunyai saksi-saksi untuk menyokong beliau.
Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang
Bernama Datuk Yong Soo Heong,- Lim, memerusi setiausaha akhbar (II) Wong Kim Fei, berkata agensi berita itu menyiarkan laporan palsu itu pada 23 September.Artikel berkenaan "Lim Guan Eng should not sabotage other states - Muhyiddin" dan "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan