CAMPAK JE DALAM TONG SAMPAH
umNo tak payah susah payah nak lawan PAS. Kalau pasal sejarah..serahkan sahaja kepada golongan yang mendakwa kumpulan Profesor yang baru bangun tidur. Mana tidaknya… selepas 50 tahun lebih kita sambut merdeka, kumpulan P Apa erti naungan sebenar pada pandangan Zainal Kling?rofesor tu baru bagi tau kita tak pernah dijajah…. Selama ni buat apa habis duit sambut ulangtahun 31 Ogos merdeka??? Biol betul la…
Semuanya gara gara politik. Hasil kenyataan Mat Sabu..semua berhubung sejarah Malaysia jadi kalut. Apakah kerana sejarah kita selama ni tak kemas atau memang hanya propaganda? Jadi selama ini kita di tipu kerajaan Selma lebih 50 tahun. Kita berhabis duit sambut merdeka dengan perarakan, bunga api dan entah berapa banyak anak haram yang terbit hasil sambut merdeka yang sebenarnya tidak wujud mengikut versi Zainal Kling.
Memang kumpulan professor ni jenis kangkung betul la… Kenapa selama ini mereka membisu? jelas menunjukkan mereka adalah golongan bacul yang tak berani bersuara dengan apa yang dilakukan kerajaan Selama lebih 50 tahun. Bukan sikit duit habis sambut merdeka yang tak wujud…. Ishhh…ishhh …ishhhh
Demi menyerang PAS dan Mat Sabu , Zainal sanggup membongkar sejarah yang selama ini di diamkan? Apa ertinya gelaran bapa kemerdekaan yang di beri kepada Tengku Abd Rahman? Nak tarik balik ke??? Atau Najib nak kata silap dah… Tun Mahathir mungkin akan kata …dah lama dah….
Jangan ingat rakyat Malaysia ini bodoh. Hanya dengan hujah senget tu rakyat akan terima. Kalau hanya tiga negeri seperti didakwa Zainal dijajah??? Apa ertinya harta tanah melayu seperti bijih yang diangkut British.. Apa pula keperluan British menyiapkan undang undang jika kita sememangnya dah jadi Negara yang sepatutnya ada undang undang sendiri? Apa pulak ertinya syarat gabungan bangsa yang diberi British untuk membebaskan Tanah Melayu ?
Kalau kita tak dijajah …apa kuasa British beri syarat kene terima kerakyatan jus Soli yang kita tanggung sekarang? Aapkah betul kita dinaungi jika semua kuasa pentadbiran di atur British? Bijak betul professor pusing fakta sejarah melalui istilah yang membingungkan orang yang dah memang bengong!
Apa pulak erti jajah pada pandangan dan versi Profesorrrr? Sama je cara Profesor dan SPR pusing kenyatan…. Itu bukan pengundi hantu…pengundi dari luar…. Mereka pengundi sah berdaftar…Ha..ha…ha…
Kalau dah memang jenis pengampu…. Kacau bilau Negara… kalau ikut Zainal...campak je sejarah kita dalam tong sampah...dan kalau ada profesor ataau graduan lain yang menulis dalam tesis mereka berkaitan kita mencapai merdeka...tarik balik ijazah tersebut....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan