Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sedia berdepan dengan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu pejuang kemerdekaan dan peristiwa Bukit Kepong.
Katanya, ia susulan banyak kenyataan Muhyiddin yang menyerang Mohamad supaya "bertaubat dan bertakwa" selepas ucapannya pada 21 Ogos lalu.
"Secara peribadi Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tidak banyak mengecam saya tentang hal ini.
"Yang banyak maki hamun saya, suruh saya bertaubat, bertakwa ialah timbalan presiden Umno.
"Jadi eloklah kita bertemu dengan beliau. Sama ada nak panggil debat ka, nak panggil dialog ka, nak bincang ka, ikut," kata Mohamad dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Bahkan, tambah Mohamad, Muhyiddin juga ahli parlimen Pagoh - kawasan yang berdekatan dengan Bukit Kepong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan