Mustafa: Pendirian PAS tolak komunis
Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini, beliau menyifatkan gesaan itu sebagai "tawaran terbuka PAS".
Turut hadir Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali dan Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, Mustafa menegaskan PAS berpendirian "menolak komunis dan tidak menyokong pendirian komunis".
Ditanya tentang sumbangan komunis menuntut kemerdekaan daripada British, Mustafa (bawa) tetap menegaskan PAS menolak ideologi dan perjuangan aliran berkenaan.
"Saya tidak bercakap tentang komunis hari ini. Sebab kami telah menolak perjuangan komunis, dan menolak ideologi komunis.
"(Apa) yang kita cakap adalah perjuangan kemerdekaan (dan) Mat Indera adalah salah satu contoh di samping (tokoh) lain," katanya.
Mengulas sejarah perjuangan kemerdekaan, Mustafa berkata ramai, bukan pemimpin Umno sahaja yang menentang British berdasarkan "kerjasama aman", terdapat juga sumbangan pihak lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).
"Tetapi sejarah (kemerdekaan) semacam dirampas, (iaitu) pejuang kemerdekaan hanya pemimpin Umno. Itu yang tidak tepat.
"Kita juga tidak menafikan mereka juga berjuang untuk kemerdekaan, tetapi jangan menafikan (atau) mengetepikan perjuangan mereka yang lain yang telah dimulakan oleh PKMM," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan