Ahad, September 04, 2011

'Imigresen dikaitkan dengan penyeludupan manusia'??? aiyoyo...


Joseph Sipalan
Sep 4, 11
4:55pm
Kongsi 107
Kabel diplomatik sulit Amerika Syarikat bermula tahun 2008 menimbulkan dakwaan yang serius berhubung aktiviti penyeludupan manusia oleh kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia yang bekerja di sempadan Malaysia-Thai.

azlanKabel, bertarikh 10 Sept, 2008 itu, menggariskan laporan oleh Keith Luse, seorang kakitangan profesional Jawatankuasa Perhubungan Luar Senat, berhubung siasatannya mengenai dakwaan pelarian Burma diseludup masuk di sempadan dengan bantuan pegawai imigresen Malaysia.

Menurut kabel itu, Luse, yang berada di negara ini pada 25 hingga 31 Ogos, telah bertemu dengan pelbagai NGO, aktivis, pelarian dan perwakilan Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
Mereka secara umum mengakui kakitangan imigresen peringkat bawahan terbabit dalam penyeludupan pelarian Burma.

immigrants 01Aktivis dan badan-badan bukan kerajaan itu juga memberitahu Luse bahawa penyeludup manusia yang berurusan dengan pihak berkuasa imigresen Malaysia, terdiri daripada rakyat Thailand, Malaysia dan Burma, kata kabel itu.

Berdasarkan sumber, aktiviti pemerdagangan manusia di sempadan Thai-Malaysia seperti yang digariskan oleh Luse, berlaku sekitar jam 1 pagi hingga 3 pagi. Pegawai imigresen dilaporkan mengangkut pelarian Burma dari Pusat Tahanan Imigresen (IDC) menggunakan kenderaan rasmi.

Pelarian berkenaan kemudiannya didakwa diserahkan kepada penyeludup yang beroperasi dari kawasan Thailand di sempadan berkenaan.

immigration department and refugees"Pegawai Imigresen menerima antara RM400 hingga RM700 bagi setiap pelarian. Saiz kumpulan pelarian yang dijual kepada pedagang manusia itu pula, puratanya antara 45 hingga 100 orang, termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak," kata kabel yang dimuat-naikan di portal Wikileaks.

Menurut laporan Luse, penyeludup berkenaan akan memberi pelarian itu peluang untuk menghubungi seseorang di Malaysia bagi membayar wang tebusan sebanyak RM1,500 hingga RM1 900 bagi setiap orang.
"Mereka yang mampu menjelaskan wang tebusan kemudiannya diseludup masuk semula ke Malaysia dan dibebaskan.

NONE"Mereka yang tidak mampu membayar dijual kepada industri perikanan Thai, kilang-kilang atau ladang-ladang jika pelarian itu seorang lelaki.

“Pedagang manusia ini didakwa menjual wanita ke rumah pelacuran, hotel dan tempat perhambaan. Sesetengah sumber menyatakan bahawa para pedagang manusia memaksa sesetengah kanak-kanak bekerja sebagai pengemis kanak-kanak di Bangkok dan di tempat-tempat lain," kata kabel, yang bagaimanapun menegaskan bahawa dakwaan terakhir itu dibuat tanpa bukti.

Tiada ulasan: