Pemuda MCA menyifatkan mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat sebagai usaha yang tidak berguna kerana setiap parti anggota pakatan itu mempunyai pendirian dan ideologi berbeza dalam pelaksanaan hukum hudud.

Ketua pergerakan itu, Datuk Wee Ka Siong berkata, mesyuarat berkenaan juga hanyalah satu helah untuk menutup mulut para pemimpin Pakatan daripada membincangkan isu berkenaan.
"(Sebabnya) selagi pelaksanaan negara Islam dan undang-undang hudud tidak diterima dengan baik, isu ini akan terus dibangkitkan berulang kali," katanya lagi.
Tambahnya,
mesyuarat selama lebih tiga jam oleh pemimpin tertinggi Pakatan itu juga tiada gunanya kerana setiap parti berkenaan mempunyai agenda politik dan ideologi yang berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan