Sabtu, September 17, 2011

Mat Sabu tak mahu sekadar gimik p'raya- ISA!!!

Sep 16, 11 6:14pm
Kongsi 81
PAS menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi pada masa yang sama berharap peruntukan dalam akta baru bagi menggantikannya tidak menyerupai ISA.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (bawah) berkata parti perlu melihat dahulu peruntukan dalam akta baru itu.

NONE"Kita tidak mahu pengumuman penghapusan ISA ini sebagai gimik pilihan raya tetapi ianya benar-benar diusahakan kerana ia adalah tuntutan sebahagian besar rakyat di negara ini," katanya kepada pemberita di Kota Kinabalu hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam Perutusan Khas Hari Malaysia malam tadi mengumumkan ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Perdana menteri berkata undang-undang baru itu akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Dalam perutusan itu, beliau turut mengumumkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 selain akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan seksyen 27 Akta Polis 1967.

Tiada ulasan: