Hudud: Pemimpin Pakatan bincang Rabu ini
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu demikian kepada pemberita hari ini semasa majlis rumah terbuka Hari Raya PKR di Tropicana Petaling Jaya.
Katanya, mesyuarat itu pada mulanya dirancang untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan perdana menteri pada 7 Oktober dan pra-belanjawan Pakatan juga, tetapi kini akan turut membincangkan isu hudud.Semalam, pengerusi DAP Karpal Singh meminta Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan dan menyelesaikan pendirian parti PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan penubuhan negara Islam.
Katanya, parti itu sentiasa membantah agenda penubuhan negara Islam dan sekretariat Pakatan harus mengatur mesyuarat tergempar mengenai rancangan parti PAS itu.
Katanya sebarang kelewatan menangani isu kontroversi itu akan menghakis teruk keyakinan awam khususnya di kalangan bukan Islam dalam Pakatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan