Hazayani Zakaria |
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan Koperasi Felda (KPF) menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun. "Sebagaimana dijelaskan Timbalan Menteri KPF mampu memberi deviden sehingga ke tahap 16.5 peratus. "Kita membaca laporan kos yang Felda keluarkan untuk pengeluaran minyak sawit dilakukan kajian dan dibandingkan dengan syarikat-syarikat ladang sawit yang lain khususnya dengan Sime Darby dan IOI Berhad. "Dalam kajian tersebut menunjukkan perbandingan dengan Felda kos pengeluaran oleh IOI jauh beberapa kali ganda lebih rendah perkilo kawasan itu berbandingan dengan yang dibelanjakan oleh Felda," kata beliau. Menurutnya juga, jika dibandingkan dengan Sime Darby, pengeluaran minyak sawit Felda masih rendah. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, pembelian hartanah oleh Felda adalah tidak boros. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Jumaat, November 26, 2010
Koperasi Felda perlu tambah dividen pada peneroka!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan