Jumaat, November 26, 2010

Gelaran Datuk: Rahmat atau bencana untuk Teng? BARU KITA TAHU KENAPA ORANG DAP SUKAR DAPAT GELARAN... EMM...


Kuek Ser Kuang Keng
Nov 25, 10
4:55pm
Kongsi 5
Khabar angin bertiup kencang di kalangan pemimpin DAP bahawa anggota jawatankuasa pusat parti itu yang juga dianggap 'budak nakal' - Teng Chang Khim - akan dikurniakan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk.

NONEBagaimanapun terdapat peraturan tidak bertulis parti itu bahawa pemimpin DAP tidak sepatutnya menerima kurniaan berkenaan bagi menjamin imej marhaen mereka.
Dalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.

Namun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.

'Seteru' Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.

sultan selangor and selangor state excoMenurut sumber dari kumpulan itu, pada awalnya mereka berpendapat Teng melobi bagi mendapatkan anugerah itu yang besar kemungkinan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin akar umbi.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.

"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.

NONEBagiamanpun risikan oleh Kumpulan Perpaduan mendapati nama Teng sebenarnya dicadangkan oleh pihak istana atas kedudukannya sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Sebarang usaha mendesak Teng menolak kurniaan itu adalah satu penghinaan kepada istana.

Tiada ulasan: