Selasa, November 09, 2010

Bantuan Banjir MUTIARA INFAQ.MESTI BACA!

SUMBER

Drs Nazri sedang menyampaikan sumbangan kepada mangsa di Pekan Baru.
Wakil kepada atok yang sudah tua di rumah yang di kelilini air bah.
Mereka yang menumpang di bahu jalan, mengharapkan cuaca semakin baik
Seorang tua bertungkat yang terpaksa meredah air yang sudah seminggu, untok mendapatkan bekalan
Hj Izham Hashim, Pengarah Mutiara Infaq sedang menyampaikan toto sebagai penawar kepada magsa banjir di Kuala Kedah

Mutiara Infaq, komiti anak yatim. Berkunjung ke Kuala Kedah dan Dehrang bagi meyampaikan bantuan sekadar yang termampu. Pengarah MI. Hj Izham Hashim, telah mengetuai rombongan bantuan seramai 7 orang, dengan 3 buah pickup pacuan empat roda, meredah kampung yang di telenggami air sejak semingu lalu.

MI telah meluluskan wang sebayak RM3000, sebagai bentuk sumbangan yang mampu disampaikan kepada mangsa banjir.100 toto sebagai penawar hati mangsa banjir, telah disampaikan secara langsung kepada mangsa-mangsa ini.

Mereka rata-rata dalam keadaan tertekan, kerana sudah seminggu tidak dapat hidup seperti biasa sebelum ini. Tandas tiada, air bersih terhad, makanan yang didapati dari sumbangan, perabut rumah yang rosak dan pakaian tidak bercuci, menyebabkan mereka kadang kala menjadi merungut dengan keadaan yang menimpa.

Di Pondok Dehrang, seramai 600 mangsa yang menumpang disitu sudah dapat keluar dari penempatan Madrasah . Mereka masih tidak dapat tinggal dirumah, kerana lumpur dan kerosakan yang perlu di baiki dan di selengarakan. Pihak Madrasah menyediakan makanan kawah bagi menampung mereka. Ust Asri dan Ust Khalid, yang menyambut kami yang tiba dalam gelap malam selepas Magrib,menceritakan akan mereka telah berusaha membantu mangsa dengan keupayaan yang terhad , namun Alhamdullilah, semuanya terselamat.
Pihak Mutiara Infaq telah menyampaikan sedikit sumbangan disini.

Tiada ulasan: