Ahad, November 28, 2010

KERAJAAN SELANGOR VS SYABAS??? MESTI BACA!!!








Nov 26, 10 5:55pm
Kongsi 159
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh tindakan kerajaan Selangor yang membantah tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan, kata pemangku ketuanya, Herman Samsudeen.

NONE“Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.”

Tiada ulasan: