Selasa, November 23, 2010

3,000 tandas awam kita kotor .. BUKANHKAH MEREKA YANG TIDAK MENJAGA URUSAN KENCING, DISIKSA DALAM NERAKA???

SUMBER

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu laporan audit menunjukkan bahawa 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.
 
-------------------
RESPON : hairan juga.. hatta di masjid disediakan tempat kencing berdiri.. bukankah Nabi saw sunatkan kencing duduk??

Tiada ulasan: