Jumaat, November 26, 2010

Ahmad: Menara Felda bukan pembelian boros??? eleh leh...


Nov 25, 10 7:50pm
Kongsi 12
Pembinaan Menara Felda oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai sebahagian pelaburan hartanah dijangka dapat memberi pulangan besar kepada generasi muda peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata menara yang dibina di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur berhadapan Menara Kembar Petronas (KLCC) itu telah mula membawa keuntungan kepada Felda walaupun belum siap sepenuhnya.

NONE"Pembelian hartanah seperti Menara Felda tidak boros, masa kita beli pada 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi, sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi.

“Walaupun bangunan belum siap, Felda sudah mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM300 juta melalui pembinaan menara ini, kita bijak menguruskan hartanah," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

-------------------------
respon : BANYAK LAGI PENEROKA PERLU DUIT UNTUK PEMBANGUNAN INSAN... RAMAI ANAK PENEROKA YANG BOLEH KERAJAAN BANTU...

Tiada ulasan: