PENDUDUK sekitar Taman Uda di Jalan Sultanah Bahiyah yang terperangkap diangkut menggunakan jengkaut.
KUALA LUMPUR: Fenomena banjir di perairan pantai utara, Kedah dan Perlis adalah antara bah paling buruk berbanding fenomena yang berlaku pada 2005.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Yap Kok Seng, berkata banjir kali ini dianggap dahsyat kerana berlaku pembentukan lekukan tropika berbanding kejadian hujan monsun pada 2005.
Katanya, pembentukan lekukan tropika dikesan di Laut China Selatan berdekatan perairan Malaysia dan ia melintasi perairan Utara Semenanjung pada 1 November lalu. “Apabila berlakunya lekukan tropika, angin sistem tekanan rendah mengakibatkan pembawaan hujan lebat ke Perlis, Kedah Utara dan utara Kelantan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan