Jumaat, November 05, 2010

Air laut pasang sebabkan mangsa banjir bertambah di Kedah??

 

sumber

ALOR SETAR 4 Nov. - Jumlah mangsa banjir di negeri ini mungkin meningkat dalam beberapa hari lagi ekoran air pasang yang dijangka berlaku Sabtu dan Ahad ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, ekoran itu banjir di negeri ini tidak akan surut dan penduduk di sekitar daerah Pendang dan Kota Setar dinasihatkan agar terus berwaspada.

"Fenomena air pasang akan menyebabkan aliran air banjir tersekat dan tidak dapat mengalir ke laut.

"Semua penduduk di kawasan Pendang serta Kota Setar perlu lebih berwaspada dalam tempoh beberapa hari ini," ujarnya selepas melawat mangsa banjir di Stadium Sultan Abdul Halim di Suka Menanti di sini hari ini.

Tiada ulasan: