Selasa, November 30, 2010

Resolusi sidang MB dan KM Pakatan Rakyat. MESTI ANDA BACA!!!

sumber

Resolusi Persidangan Shah Alam
Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat
29 November 2010, Shah Alam, Selangor

“Meneruskan Cita-cita Rakyat”

Kami, Menteri Besar dan Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat yang menyertai Persidangan Menteri Besar/Ketua Menteri pada hari ini 29 November 2010 di Shah Alam, Selangor, telah memberi perhatian dan mengambil persetujuan atas semua pembentangan yang meliputi aspek ekonomi, sosial, politik dan pentadbiran.

A. Hasrat

Setelah mengambil kira hasrat pihak Kami yang membentang dan menerima hasil perbincangan peserta Persidangan yang begitu mendalam, bernas dan konstruktif berasaskan perkongsian pengalaman semua peserta, dengan ini Kami menegaskan:

1. Untuk terus memimpin kerajaan Negeri dan bertekad bagi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat;

2. Untuk mempraktikkan prinsip-prinsip pentadbiran yang terbuka, mengutama nilai-nilai  berteraskan agama dan norma-norma yang disepakati bagi menzahirkan ketelusan, akauntabiliti dan tadbir urus cemerlang;

3. Untuk menentang dan membebaskan amalan rasuah dan salah urus dana awam serta memastikan pengurusan kewangan yang berhemat menurut prinsip integriti;

4. Untuk mengamalkan falsafah ekonomi yang adil dan saksama untuk semua lapisan rakyat, mengutamakan golongan miskin dan terpinggir ke arah mewujudkan masyarakat madani; dan

5. Untuk memastikan sumber kekayaan Negeri diurus secara beramanah, lestari dan mengutamakan kesetabilan berterusan.

B. Janji

Kami, dengan ini berjanji di atas prinsip kesepakatan:

1. Membentuk sebuah pakatan ekonomi antara Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat;

2. Menyediakan persekitaran mesra pelaburan, tidak terlalu birokrasi dan tiada karenah pentadbiran (red-tape);

3. Melaksana apa-apa dasar pembangunan yang boleh disepakati bersama terutama dalam bidang sosial, ekonomi dan politik;

4.Meneruskan penambah-baikan pengurusan dan pentadbiran, sama ada secara rasmi atau tidak rasmi menerusi penglibatan pemimpin, pembuat dasar dan pegawai-pegawai antara Negeri Pakatan Rakyat; dan

5. Memastikan amalan persefahaman dan kelunakan hubungan antara politicians dan pentadbir ke arah memantapkan hubungan kepimpinan parti dengan kerajaan Negeri.


C. Komited

Kami selanjutnya komited untuk “meneruskan cita-cita rakyat” berpandukan satu set dasar awam dan agenda bertindak:

1. Mengurangkan peningkatan kos hidup khususnya kepada golongan masyarakat berpendapatan rendah;

2. Mengiktiraf hak rakyat menerima maklumat, dengan cara menggubal Enakmen Kebebasan Maklumat;

3. Mengiktiraf kepentingan untuk menangkis serangan media BN, dengan menubuh satu badan yang dilengkapi infrastruktur media yang boleh berkongsi berita antara Negeri Pakatan Rakyat;

4. Mengiktiraf hak rakyat untuk pemilikan tanah, dengan mempercepat proses pemberian hak milik tanah kepada yang layak;

5. Mengiktiraf hak rakyat menikmati prasarana sempurna demi keselesaan hidup, dengan cara meningkatkan kecekapan perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan dan mana-mana agensi di bawah Kerajaan Negeri;

6. Memberi keutamaan kepada projek perumahan rakyat dengan peruntukan kewangan yang munasabah, menerusi penubuhan task-force perumahan di peringkat negeri dan daerah;

7. Menjamin ‘security’ makanan Negeri, dengan cara amalan sistem pengagihan bantuan dan pengeluaran standard membantu nelayan, petani, dan penternak.

8. Memastikan pelaburan berlaku dalam projek-projek ekonomi, dengan cara Negeri Selangor menyediakan dana pemula (seed money) sebanyak RM10 juta dalam “dana kelab” (club deal) bagi membantu Negeri-negeri Pakatan Rakyat yang lain;

9. Mengiktiraf hak rakyat menggunakan kebebasan memilih, dengan mengusahakan pilihan raya Kerajaan Tempatan menjadi kenyataan;

10. Mencipta persekitaran yang berterusan dan didiami melalui persekitaran selamat, bersih, dan hijau.

Kami menyedari kebelakangan ini berlaku amalan Kerajaan Pusat yang semakin menghakis hak-hak Negeri di sebalik pembuatan dasar-dasar yang tidak pro-rakyat;  berlaku keterbatasan kuasa Negeri di sebalik amalan federalisme yang mendiskriminasikan Negeri;  dan Kami mengakui ada beberapa kekangan kuasa dalam berhadapan dengan kuasa Pusat.

Namun demikian, Kami percaya dengan memiliki kepemimpinan yang baik dari segi
visi dan arah tuju dalam mentadbir Negeri, maka Kami bersepakat untuk
mewujudkan penyelarasan pelaksanaan dan perkongsian pengalaman serta pewujudan jawatankuasa bersama demi pembangunan Negeri dan kemajuan rakyat.

Justeru siri forum berkala melibatkan exco dan pegawai masing-masing Negeri akan dilaksanakan bagi meningkatkan komitmen ke arah meneruskan cita-cita Pakatan Rakyat, demi memenuhi keperluan, keinginan dan harapan rakyat.

Adalah Kami Menteri Besar/Ketua Menteri Negeri Pakatan Rakyat, Menerima resolusi ini untuk dilaksanakan.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
(Menteri Besar Kelantan)

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
(Menteri Besar Selangor)

Lim Guan Eng

(Ketua Menteri Pulau Pinang)

Datuk Seri Azizan Abdul Razak
(Menteri Besar Kedah)

Anak mahu Bapak selesai segera isu peneroka

SUMBER
Nazri Abdullah   
KUALA LUMPUR, 29 Nov: Gabungan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini menyerahkan 20 kes pertama yang ada pada mereka kepada Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (Bapak).

Penyerahan tersebut dibuat Pengerusi Anak, Mazlan Aliman kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda, Datuk Ahmad Maslan di parlimen hari ini.

Dalam sidang medianya, Mazlan mahu kesemua aduan peneroka yang diserahkan itu diselesaikan segera seperti dijanji timbalan menteri itu sebelum ini kerana kesemua kes tersebut sudah lama berlaku.

"20 aduan ini hanya sebahagian kecil dari aduan yang banyak kita terima yang berkait langsung dengan dasar Felda.
"Kita harap mampu dikendalikan oleh Bapak," katanya.
Turut serata pada penyerahan itu, beberapa wakil dari peneroka Felda Lawin Selatan, Perak.

Antara masalah yang dikemukakan termasuklah isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80 ribu dalam masa 7 tahun, dan permasalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.

Ahmad pada sidang media sama memberi jaminan akan meneliti masalah yang dikemukakan Anak itu dan akan memanjangkan perkara itu kepada Bapak.

Menurutnya, dengan tambahan 20 aduan dari Anak itu, Bapak kini sudah menerima 658 aduan sejak ditubuhkan.

Bapak adalah sebuah biro yang ditubuh dibawah NGO, Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) yang dipengerusikan Tan Sri Rozali Ismail.

Ahad, November 28, 2010

MESTI BACA!!!! CAKAP-CAKAP PERANGAI PKR ADALAH SAMA DENGAN UMNO SUDAH BERKUMANDANG....


  SUMBER

Penulis Tamu - kedahlama,

Sejak penubuhannya, PKR dilihat sebagai parti yang dominan dalam
menerajui pemerintahan negara. Kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU-12 lalu dilihat hasil sumbangan besar PKR dalam mencapai kejayaan. Rakyat dan pengundi mula menaruh harapan besar agar Pakatan Rakyat mampu
menerajui dan mentadbir negara dalam PRU-13 nanti.

Namun semua harapan itu semakin hari semakin kabur dan hampir lebur. Apa yang berlaku dalam pemilihan PKR dilihat sama dengan apa yang pernah berlaku dalam UMNO dan BN. Gila kuasa, berebut jawatan, lobi melobi, politik wang, penipuan undi, tuduh menuduh, fitnah memfitnah semakin menular di kalangan ahli dan pemimpin PKR.

Di mana saja ada pemilihan sama ada peringkat cabang dan nasional, pasti ada kedengaran rasa tidak puashati terhadap pendundian cara kiraan undi. Begitu juga kempen2 yang dilakukan saling tidak tumpah seperti apa yang berlaku dalam UMNO dan BN. Kalau calon Melayu yang bertanding, maka cara, method dan modus operandinya sama dengan apa yang UMNO lakukan ketikan pemilihan. Begitu juga jika calon India yang bertanding, sama seperti MIC dan MCA lakukan.

Ramai sahabat2 saya yang dulu kuat menyokong PKR, kita nampak makin longgar dan mahu kembali kepada mengundi UMNO. Beberapa kampung yang dulunya solid menyokong BN, kini makin nampak pudar dan berazam memangkah BN dalam PRU akan datang. Taman-taman perumahan yang dulunya memberi kemenangan kepada calon Pakatan Rakyat, kini mula nampak
cenderung dan memuji kepimpinan Najib Razak dan BN.

Apapun ramai yang muya goyah dan hilang keyakinan kepada Pakatan Rakyat. Mereka melihat PKR sudah lupa diri dan gila kuasa. Mereka lihat PKR yakin untuk menawan Putrajaya dalam PRU-13 nanti, maka sebab itu mereka berebut-rebut jawatan dgn harapan agar dipilih jadi calon dalam pilihanraya dan akan jadi menteri atau memegang jawatan besar.

Semua yang berlaku, rakyat perhatikan. Semangat rakyat kepada PKR semakin luntur dan lebur...mereka menyesal dan kecewa dengan perangan-perangai sebahagian pemimpin PKR YANG SALING TAK TUMPAH SAMA DENGAN PERANGAI PEMIMPIN-PEMIMPIN UMNO. Yang tinggal dan bersih adalah
PAS. Hanya PAS yang dilihat mampu menang beberapa kerusi, namun PAS yang bersendirian sudah pasti tidak mampu untuk mentadbir Malaysia sebagai kerajaan. Oleh itu PAS akan kekal seperti sebelum bersama PKR dan akan terus memerintah Kelantan, dan yang pasti Kedah akan kembali jatuh ke tangan UMNO dan BN.


--------------------------
RESPON : kata-kata yang last tu kena ambik berat tu.. KEDAH JATUH KE BN PRU 13???

KERAJAAN SELANGOR VS SYABAS??? MESTI BACA!!!








Nov 26, 10 5:55pm
Kongsi 159
Dewan pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong penuh tindakan kerajaan Selangor yang membantah tuntutan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) untuk kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus berkuatkuasa 31 Mac tahun hadapan, kata pemangku ketuanya, Herman Samsudeen.

NONE“Tuntutan SYABAS yang disokong oleh Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor adalah satu penganiayaan kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, PAS kesal kerana Shaziman bersekongkol dengan SYABAS untuk menaikan kadar tarif air berkenaan jika kerajaan Selangor gagal menyerahkan semua aset industri airnya kepada Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) sebelum 31 Mac hadapan.

“Apa yang berlaku pada hari ini memperjelaskan bahawa kerajaan Umno-BN yang memerintah Selangor sebelum ini telah melakukan pengkhianatan terbesar pada rakyat kerana menandatangani satu penjanjian konsensi pembekalan air bersama SYABAS selama 30 tahun dengan meletakan terma untuk membolehkan syarikat berkenaan menaikan kadar tarif pada tempoh tertentu tanpa perlu melihat kepada keadaan ekonomi negeri dan rakyat.”

UJIAN BUAT PKR,PAS DAN DAP

MEMANG TERCALAR IMEJ PKR SERBA SEDIKIT... PKR YANG SEJATI YANG BANGUN ERA REFORMASI BERBEZA DENGAN PKR YANG BANGUN SEMASA SITUASI KEMENANGAN PRU 12 LALU...


MASUK KERANA FAHAM PERJUANGAN PKR BERBEZA DENGAN MASUK SEKADAR NAK SERONOK DALAM PKR..


SAMALAH MASUK PAS DAN JUA DAP... 


MASUK APA-APA PARTI METI FAHAM DASAR...


JIKA KELUAR MASUK IKUT SUKA.. ITU TAK BAGUS... ADA MASALAH TERHADAP JIWA KITA... 


SUDAH JELAS PERJUANGAN PAKATAN RAKYAT UNTUK RAKYAT, SO.. APA LAGI.. DAYUNGLAH SAMPAN BERSAMA... JIKA ADA KEBOCORAN, SAMA-SAMALAH KITA TANGGUNG DEMI PERJALANAN YANG MENCABAR!!!

Jumaat, November 26, 2010

Koperasi Felda perlu tambah dividen pada peneroka!











Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar mencadangkan Koperasi Felda (KPF) menambah dividen daripada 16.5 peratus kepada 30 atau 40 peratus kepada anggota keluarga peneroka Felda setiap tahun.

Kamarudin sewaktu mengemukakan soalan tambahan dalam sesi soal jawab lisan di Dewan rakyat hari ini berkata, keuntungan itu seharusnya dibahagikan kepada warga Felda daripada menggunakan dana secara boros untuk pembelian hartanah.
"Sebagaimana dijelaskan Timbalan Menteri KPF mampu memberi deviden sehingga ke tahap 16.5 peratus.

"Kita membaca laporan kos yang Felda keluarkan untuk pengeluaran minyak sawit dilakukan kajian dan dibandingkan dengan syarikat-syarikat ladang sawit yang lain khususnya dengan Sime Darby dan IOI Berhad.

"Dalam kajian tersebut menunjukkan perbandingan dengan Felda kos pengeluaran oleh IOI jauh beberapa kali ganda lebih rendah perkilo kawasan itu berbandingan dengan yang dibelanjakan oleh Felda," kata beliau.

Menurutnya juga, jika dibandingkan dengan Sime Darby, pengeluaran minyak sawit Felda masih rendah.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun berkata, pembelian hartanah oleh Felda adalah tidak boros.

Gelaran Datuk: Rahmat atau bencana untuk Teng? BARU KITA TAHU KENAPA ORANG DAP SUKAR DAPAT GELARAN... EMM...


Kuek Ser Kuang Keng
Nov 25, 10
4:55pm
Kongsi 5
Khabar angin bertiup kencang di kalangan pemimpin DAP bahawa anggota jawatankuasa pusat parti itu yang juga dianggap 'budak nakal' - Teng Chang Khim - akan dikurniakan pingat kebesaran negeri yang membawa gelaran Datuk.

NONEBagaimanapun terdapat peraturan tidak bertulis parti itu bahawa pemimpin DAP tidak sepatutnya menerima kurniaan berkenaan bagi menjamin imej marhaen mereka.
Dalam kes Teng adalah dipercayai kurniaan itu datangnya daripada pihak istana sendiri yang mempunyai prerogatif mencadangkan pilihan mereka.

Namun pengurniaan itu yang dijadualkan pada 11 Disember ini sempena hari keputeraan Sultan Sharafuddin Idris Shah menyaksikan pelbagai reaksi daripada ahli-ahli DAP Selangor yang akan mengundi pada pemilihan parti itu Ahad ini bagi memilih kepimpinan baru.

'Seteru' Teng yang dilabelkan sebagai Kumpulan Perpaduan mendakwa pemimpin kebangsaan dan negeri tidak dirujuk berhubung perkara itu dan penerimaan kurnian berkenaan memecahkan tradisi parti.

sultan selangor and selangor state excoMenurut sumber dari kumpulan itu, pada awalnya mereka berpendapat Teng melobi bagi mendapatkan anugerah itu yang besar kemungkinan akan menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin akar umbi.

Setiausaha DAP Wilayah Persekutuan, Lim Lip Eng, yang merupakan sekutu Kumpulan Perpaduan juga mendedahkan perkara itu di laman Facebook malam semalam.

"Adakah awak akan sokong jika ada ahli DAP dikurniakan gelaran Datuk oleh Sultan?” soal Lim di Facebook dan tinjauan mendapati ramai yang menyokong pengurniaan itu.

NONEBagiamanpun risikan oleh Kumpulan Perpaduan mendapati nama Teng sebenarnya dicadangkan oleh pihak istana atas kedudukannya sebagai speaker dewan undangan negeri Selangor. Sebarang usaha mendesak Teng menolak kurniaan itu adalah satu penghinaan kepada istana.

JELI KELAPA PANDAN JALAN ALOR STAR-KANGAR.. SEDAP!




TAMAN SERI SEJAHTERA, SIMPANG EMPAT,PERLIS AKAN DIPENUHI DISEMBER INI!!!





 ADA TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAN.. BAGUS-BAGUS!


 NO 6 NI.. RUMAH SAYA...

RM 126,000.00 HARGA MASA BELI.. LA DAH NAIK KOT... 


NO 4 RUMAH ADIK SAYA... MUDAH LAH SIKIT...

 ADIK- KANAN DOK SEMBANG DENGAN ANAK MENAKAN...
MENANTI CHE ANI- KPG LAT 1000

KUNCI DAPAT SECARA TAK RASMI UNTUK TUJUAN PENGURUSAN KENDURI KAHWIN... SAMBIL DOK PERHATI MANA ROSAK MANA TAK KENA IKUT PERJANJIAN...

Bendera Pulau Pinang dikibar separuh tiang



Harakahdaily   
GEORGETOWN, 25 Nov: Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan 1.6 juta rakyat berkabung atas pemergian mendiang Ketua Menteri yang kedua, Tun Dr Lim Chong Eu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng telah mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk mengibarkan bendera separuh tiang sehingga hari pengebumian mendiang sebagai tanda berkabung di atas kehilangannya.

'Presiden Laos teruja dengan Felda'?

SUMBER

Kejayaan Felda mengeluarkan rakyat daripada arus kemiskinan terus mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila ditawarkan bekerjasama untuk membuat penerokaan tanah di negara Laos.
NONEPengerusi Felda Tan Sri Mohd Yusof Noor (kiri, tengah) berkata Presiden Laos Choummaly Sayasone menyatakan rasa kagum terhadap keberkesanan Felda dan berhasrat bekerjasama bagi membangunkan tanah di Laos ketika melakukan lawatan ke Wisma Felda hari ini.

---------------------
respon : BANYAK LAGI PENEROKA MISKIN... ANAK PENEROKA BURUK SOSIAL.. ANAK PENEROKA BUTA HURUF.. PIHAK PENGURUSAN FELDA KURANG SUKA PROGRAM AGAMA DI MASJID DAN KURANG SUKA TINDAKAN SEBILANGAN USTAZ DI FELDA.. MENGAPA FELDA JADI MACAM TU?? TAK MALUKAH JIKA ORANG LAOS TAHU???

Ahmad: Menara Felda bukan pembelian boros??? eleh leh...


Nov 25, 10 7:50pm
Kongsi 12
Pembinaan Menara Felda oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sebagai sebahagian pelaburan hartanah dijangka dapat memberi pulangan besar kepada generasi muda peneroka.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata menara yang dibina di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur berhadapan Menara Kembar Petronas (KLCC) itu telah mula membawa keuntungan kepada Felda walaupun belum siap sepenuhnya.

NONE"Pembelian hartanah seperti Menara Felda tidak boros, masa kita beli pada 2008, kita beli dengan harga RM930 sekaki persegi, sekarang dah meningkat kepada RM1,400 hingga RM1,500 sekaki persegi.

“Walaupun bangunan belum siap, Felda sudah mengaut keuntungan sehingga kira-kira RM300 juta melalui pembinaan menara ini, kita bijak menguruskan hartanah," katanya menjawab soalan tambahan Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) di persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

-------------------------
respon : BANYAK LAGI PENEROKA PERLU DUIT UNTUK PEMBANGUNAN INSAN... RAMAI ANAK PENEROKA YANG BOLEH KERAJAAN BANTU...

Tubuh badan bebas siasat polis tembak remaja PADA 13 NOV LALU!!!

SUMBER
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 25 Nov: Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa menggesa kerajaan menubuhkan badan bebas bagi menyiasat anggota polis yang terlibat dalam kes menembak mati tiga remaja pada 13 November lalu.

Sivarasa berkata, ianya perlu ditubuhkan segera bagi membersihkan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kes ini bukan terpencil kerana apa yang sangat mendukacitakan sejak 1998, tiada seorang anggota polis telah dihukum ke atas kejadian yang berlaku.

"Sekiranya terus berlanjutan, anggota polis berasa boleh buat apa-apa sahaja tanpa dikenakan sebarang hukuman terhadap mereka," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, usul yang dikemukakan beliau pada Selasa lalu ditolak Timbalan Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar untuk dibahaskan.

Menurut Sivarasa, terdapat percanggahan keterangan maklumat polis tentang kejadian tembak menembak itu yang menjurus kepada tindakan polis mempertahankan diri.

"Ini kerana saya telah meneliti laporan polis oleh Nor Hafizah Mad Razali iaitu ibu kepada Muhammad Shamil Hafiz, 15, dan keluarga Mohd Hairul Nizam, 20, mendakwa tembakan peluru dilakukan pada jarak dekat oleh polis.
"Ibunya juga mempercayai dibunuh dengan sengaja oleh polis kerana tembakan di dahi menembusi hingga ke bahagian kepala Shamil.

"Mereka juga terkejut dengan dakwaan Ketua Polis Selangor, Datuk A Thaiveegan tentang anaknya penjenayah ganas yang dikehendakai sedangkan tidak mempunyai rekod jenayah," katanya.

Dalam kejadian 13 November lalu, polis menembak mati tiga lelaki yang didakwa baru sahaja merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 Glenmarie, Subang kira-kira jam 4.15 pagi ketika sedang membuat rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Selasa, November 23, 2010

Zaid bukan lagi anggota PKR!

SUMBER

PKR menerima peletakkan jawatan Datuk Zaid Ibrahim dengan serta-merta walaupun bekas pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu memberikan notis sehingga 16 Disember depan.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, ini kerana PKR merupakan parti politik dan bukannya syarikat swasta yang mempunyai kontrak bekerja.

NONEKatanya, PKR memenuhi hasrat bekas menteri itu untuk meletakkan jawatan justeru lebih "memudahkan Zaid merancang langkah masa depannya".

"Kita (bila) menunaikan hasrat orang ini baik.

"Dapat pahala. Lagi cepat lagi afdal," katanya sinis.

Saifuddin yang juga anggota parlimen Machang berkata, biro politik PKR membuat keputusan itu selepas bermesyuarat semalam.

"Mengikut perlembagaan, anggota boleh hilang taraf kalau dipecat atau tulis surat (mahu berhenti), (dan) Zaid telah tulis surat," kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Ribuan ikan tilapia dibakar SEPANJANG 4KM?



SEORANG penunggang motosikal melalui kawasan tempat pembakaran ribuan ikan tilapia di bandar Buluan semalam.


BANDAR BULUAN, Filipina - Sejumlah penduduk membakar ribuan ikan tilapia sejauh empat kilometer di sini semalam.
Pentadbiran tempatan di bandar itu yang terletak di wilayah Maguindanao, Pulau Mindanao berharap, majlis membakar ikan tersebut akan disenaraikan dalam buku Guinness Book of World Records.

Majlis pembakaran ikan itu diadakan sempena ulang tahun penubuhan wilayah Maguindanao yang ke-67. - AFP

APA GUNA USIA ALLAH BERI, JIKA DADAH JUGA MATLAMAT! Lelaki Iran ke tali gantung

SUMBER


ROUHOLLAH AHMADZADEH (tengah) diiringi keluar daripada Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas dihukum gantung atas tuduhan menyeludup syabu semalam.


SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini semalam menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang lelaki warga Iran selepas dia didapati bersalah mengedar syabu seberat satu kilogram Jun tahun lalu.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menjatuhkan hukuman tersebut selepas berpuas hati dengan pihak pendakwaan yang konsisten selain berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah.

Tertuduh, Rouhollah Ahmadzadeh Irandoust, 50, didakwa melakukan perbuatan itu di kaunter pemeriksaan kastam D Unit Khas Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa, Terminal Utama, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, pukul 3.50 pagi pada 14 Jun 2009.
Tertuduh yang diwakili peguam Gooi Soon Seng didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

3,000 tandas awam kita kotor .. BUKANHKAH MEREKA YANG TIDAK MENJAGA URUSAN KENCING, DISIKSA DALAM NERAKA???

SUMBER

KUALA LUMPUR - Walaupun pelbagai langkah diambil bagi meningkatkan kebersihan tandas awam, satu laporan audit menunjukkan bahawa 3,000 daripada 5,764 tandas di seluruh negara adalah kotor.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Chor Chee Heung berkata, audit menerusi kaedah penarafan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menunjukkan 51.6 peratus daripada tandas awam hanya mampu mencapai tahap satu atau dua bintang manakala hanya tujuh peratus atau kira-kira 400 tandas mencapai taraf lima bintang iaitu kebersihan paling memuaskan.

"Daripada data tersebut, nampaknya masih jauh lagi perjalanan kita untuk mencapai tahap tandas awam yang baik," katanya selepas melancarkan Sambutan Hari Tandas Sedunia dan Seminar Kesihatan Persekitaran Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.
 
-------------------
RESPON : hairan juga.. hatta di masjid disediakan tempat kencing berdiri.. bukankah Nabi saw sunatkan kencing duduk??

MATI DALAM SEKELIP MATA SELEPAS BERSUKA-SUKA... > Lebih 180 maut akibat rempuhan di Kemboja

Kerajaan Kemboja
Cambodia5-trans.png
Preăh Réachéanachâkr Kâmpŭchea
Bendera Kemboja
Bendera
Cogan kataKh-motto-trans.png
(Khmer: "Negara, Agama, Raja")

SUMBER

23/11/2010 2:29am

PHNOM PENH 23 Nov. - Sekurang-kurangnya 180 orang maut dalam satu rempuhan di sebuah jambatan di sini ketika berjuta-juta penduduk memenuhi jalan-jalan di bandar raya ini bagi menyambut Festival Air, semalam.

Menurut seorang jurugambar AFP, mayat mangsa diletakkan berhampiran jambatan itu yang menghubungkan Phnom Penh dengan Pulau Berlian, sebuah pulau kecil di mana pesta itu diadakan sempena berakhirnya festival tahunan selama tiga hari.

Pihak berkuasa masih memindahkan mayat mangsa dari jambatan itu, kata jurugambar itu. - AFP