Rabu, Disember 02, 2009

Santai : Peringatan Kepada Pemilik Kad Mesra Petronas!

Peringatan : Kepada Pemilik Kad Mesra Petronas atau Kad-Kad Sewaktu Dengannya


Aku tak pasti samada semua orang tahu kegiatan penipuan atau kecurian yang tidak disangkakan ini terutama sekali yang aku dapat tahu adalah berkaitan dengan kad-kad pungutan point yang boleh ditebus dengan hadiah-hadiah yang agak menarik daripada syarikat-syarikat yang terlibat. Selain Kad Mesra,Kad Smiles dari Mobil,Real Reward dan bermacam-macam lagilah kad yang membolehkan kita mengumpul point semasa berbelanja.

Tetapi aku fokuskan kepada Kad Mesra Petronas sebab cerita ini lebih kepada kad ini atau kad-kad lain juga tidak mustahil berlaku penipuan begini. Ikuti sinopsis yang dikatakan berlakunya penipuan kad ini :

  1. Kita sedia maklum,sebelum tuang minyak,kita akan memberikan kad berserta duit kepada penjaga kaunter di dalam stesen.
  2. Dengan hanya beronggakan ruang yang hanya boleh memuatkan tangan untuk menghulurkan duit berserta kad mesra,kita mungkin tidak dapat melihat,apakah aktiviti haram yang dilakukan penjaga kaunter berkenaan?
  3. Ya! ketika ini lah kita mungkin tidak perasan bahawa penjaga kaunter ini akan menukarkan kad anda dengan kad beliau sendiri untuk memungut point hasil dari tuangan minyak anda.
  4. Kad dipulangkan semula ketangan anda dengan baki wang (jika ada) tetapi anda sudah ditipu kerana kad anda tidak di sweap tetapi kad dia sendiri yang digunakan.
  5. Kesannya anda kerugian point yang agak tinggi (jika tuang minyak banyak) ataupun anda kerugian dalam memenangi peraduan yang di tawarkan oleh syarikat akibat si malaun ini.

So beringat lah.Manusia sanggup melakukan apa sahaja. Sekurang-kurangnya kita melihat samada dia sweap kad kita atau pun dia sweap kad dia. Untung-untung dia boleh tukar dengan berapa banyak hadiah disebabkan dia menipu begitu sepanjang dia berkerja. Jangan lupa juga bagi kad-kad pungutan point yang lain. Sekadar beringat.Sekian

"Peringatan : Kepada Pemilik Kad Mesra Petronas atau Kad-Kad Sewaktu Dengannya"

6 Comments - Show Original Post Collapse comments

Blogger Luth Textile said...

betul la kan..
kita mana nampak.. tapi saya pastikan kad saya diswap depan2 mata..

June 22, 2009 2:50 PM

Blogger arman said...

aku pernah kena kat stesen minyak shell hala pasir gudang selepas flyover kempas terlupa bawak kad bonus point masa isi minyak tu suka hati je mat bangla swipe kad dia aku tnye apa pasal swipe lu punya kad..dia ckp bos dia suruh..aku ckp panggil la bos dia aku nak tnye tetiba je buat2 x tau ckp melayu aku sound lain kali lu buat mcm ni wa complaint sama shell trus dia blah..aku kdg2 nak tnye apa hak diorg ni swipe kad dia time kita x de kad or terlupa bawa..ada sapa2 kna mcm aku x bule share apa tindakan korang?

June 22, 2009 7:52 PM

Blogger Damandamai said...

Salam semua,

Peringatan untuk semua pemegang kad Mesra Petronas atau kad-kad lain, bila transaksi dilakukan dan pembayaran dibuat hendaklah kita semua meminta resit pembayarannya. Dari resit ini kita akan lihat no kad ahli dicatitkan, sekiranya tiada kita boleh menyoal juruwang-juruwang terbabit.

Saya telah kena sepertimana anda-anda nyatakan dan ajukan persoalan ini di Petronas Dagang (Ibu Pejabat) akhirnya pihak Petronas memasukkan point yang saya beli.

Sekian.

June 22, 2009 9:15 PM

Blogger Mamak Penang said...

Salam,
Memang apa yang anda katakan berlaku..ini mamak sendiri tangkap orang yang tak jujur sekarang semakin ramai.Bukan Kad reward saja. kadangkala cashier counter nasi kandaq juga buat perkara yang sama.Bila anda dapatkan resit dari pelayan tentukan anda kira jumlah harga makanan yang tertulis..sekiranya ada masalah terus tanya pada pelayan yang tulis kos makanan anda , kerana resit yang diberikan oleh pelayan itu tidak ada catatan jumlah. Cuma di kaunter cashier akan dikira jumlah.Maka pastikan jumlah yang dikira itu betul.Terutama kepada yang memesan makanan untuk bilangan ramai..ha..ha..penipu ada dimana-mana saje..mencari wantg haram!.Wassalam

July 4, 2009 4:35 PM

------------------------------------ yusz felda : betul atau tidak, try lah perhati yang jaga kaunter tu.. mana tau betul terjadi.. kena repot lah..

Tiada ulasan: