Dengan kerjasama sepupu saya yang belajar sekali dengan orang rumah di Insaniah (Kolej Universiti Insaniah-KUIN), Kedah-kami pergi la konon-konon untuk menemani sepupu saya tu ziarah... ziarah rakan sebilik la konon...
Sampai di rumah 'orang rumah' di Kampong Telok, Sungai Petani.. kami disambut meriah..maklumlah tetamu... sambil mata saya memerhati mencari mana satu orang rumah..
Alhamdulillah... dapat la tengok walaupun sikit... sebelum pulang, bergambar pulak..
Kata orang rumah " memang tak sangka la bahawa itu urusan merisik untuk ambik jadi isteri"..
Alhamdulillah.. kini usia pernikahan menjangkau 6 tahun... dapat la 2 anak.. bukan apa, kenangan sebegini untuk merapatkan ikatan keluarga.. akhir zaman ni macam-macam ujian... apatah lagi kerja-kerja Islam & dakwah perlukan pasangan yang boleh bertolak ansur...
* KUIN sudah ada tapak utama di Kuala Ketil, Kedah.. Ruzaili dan Rosli (Unit Amal tawau) kini menuntut di KUIN dekat Shahab Perdana, Alor Star...
semoga mereka cemerlang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan