Pengurusan Tertinggi
Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri
Menteri Dalam Negeri
Y.B. Datuk Wira Abu Seman Yusop
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Timbalan Menteri Dalam Negeri
Ketua Setiausaha
Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen)
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan)
-----------------------------------------------
x55 inisiatif kurangkan kadar jenayah diperkenal
(utusan.com.my 5/12/09)
KUALA LUMPUR 4 Dis. - Rakyat boleh menarik nafas lega apabila 55 inisiatif baru akan diperkenalkan bagi menurunkan kadar jenayah di negara ini tahun depan.
Inisiatif yang terhasil melalui bengkel dan perbincangan Kementerian Dalam Negeri dengan beberapa agensi serta kementerian lain bertujuan mencapai penurunan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, inisiatif itu juga bertujuan menurunkan kadar jenayah keseluruhan sebanyak lima peratus menjelang akhir tahun depan.
"Inisiatif ini antara lain memberi tumpuan bagaimana kita boleh
gerakkan badan sukarelawan seperti Rela dan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) selain menggunakan kaedah kemasyarakatan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya untuk membantu kita membanteras jenayah khususnya jenayah jalanan.
"Selain itu kita juga akan menempatkan lebih banyak balai polis bergerak dan menambah jumlah rondaan polis menggunakan motosikal di kawasan yang berisiko tinggi," katanya.
Hishammuddin menjelaskan, kerajaan juga mahu memperkenalkan kaedah yang membantu penjenayah yang dipenjarakan mampu menjadi anggota masyarakat yang lebih berguna apabila dibebaskan.
Jelasnya, kerajaan juga mahu mewujudkan rangkaian pembanterasan jenayah bermula dengan pendidikan, pembasmian dan pemulihan.
Beliau menambah, beberapa langkah pencegahan yang diperkenalkan tahun ini seperti rondaan bersama anggota Rela dengan polis berjaya mengurangkan jenayah jalanan sehingga 14 peratus di Kuala Lumpur.
Katanya, pengenalan inisiatif baru itu adalah sejajar dengan satu daripada enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di mana pembanterasan jenayah adalah yang paling penting.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, kerajaan akan mengkaji kaedah yang lebih berkesan bagi menapis kemasukan rakyat dan pekerja asing di negara ini mulai tahun hadapan.
---------------------------------------hairan kita nie.. Pas punya lama dok berjuang agar Kerajaan melaksanakan Hukum Jenayah Islam.. bukanhkah Kerajaan Pas Kelantan dan Trengganu (1999) telah meluluskan enakmen syarian di Dun.. apakah tiada sokongan dari KDN apa yang disebut oleh MB masa itu.. mengapa pula ada sidang bengkel/diskusi baru spt yang dilaporkan dalam utusan>>>
"Inisiatif yang terhasil melalui bengkel dan perbincangan Kementerian Dalam Negeri dengan beberapa agensi serta kementerian lain bertujuan mencapai penurunan kadar jenayah jalanan sebanyak 20 peratus." <<
mengapa pandangan ULAMAK DI SISIHKAN? Inilah bahananya... menolak ULAMAK, bererti menolak Islam!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan