Sukacita saya ingin paparkan kisah benar di Utara Malaysia, negeri Pattani yang dulunya sebahagian dari Malaysia namun... Rakan saya Ust Muzaha (Universiti al al-Bayt) menceritakan.. isterinya orang Pattani.. jadi nak ka tak nak, berdepan dengan risiko pulang menjengok keluarga isterinya... ikutilah..
Thursday, December 17, 2009
Trip to Pattani
di setiap penjuru jalan ada polis yang mengawasi
motor-motor dikenakan supaya membuka pelana ditakuti ada menyimpan bom
Berjalan di sekitar bandar Pattani tidak seronok seperti dulu lagi. Kalau dulu tiada sekatan jalanraya. Kini berjalan sejauh 7-8 km dah ada sekatan oleh polis. Mereka akan periksa kereta yang disyakinya. Terasa berada seolah -olah di bumi Palestin yang mana orang asing datang menjajah di negara milik orang Islam Pattani. Mereka terdiri daripada askar-askar yang didatangkan daripada Bangkok. Tidak mengerti pertuturan orang Melayu. Tidak tahu tentang budaya dan sikap orang Melayu. Lebih-lebih lagi tidak faham tentang perjuangan orang Islam Pattani selama ini.
Wednesday, December 16, 2009
Le Tour De Thailand
masuk kot Golok. Kemudian adik ipar gi ambik dengan pick upnya.Perjalanan memakan masa hampir 3 jam ke Pattani tanpa henti
duduk dalam pick up utk ke Pattani. Kat Thailand takpe dok belakang. Tahan (bhs Thai bermaksud polis) tak marah
Hari ni dah masuk ari ke 3 abi n family berada di Thailand. Tempat tumpah darah zaujah abi. Alhamdulillah anak-anak abi ni berkesempatan melihat suasana dan tempat umminya di Wilayah Pattani. Walaupun suasana di Thai agak bergolak dan huru hara tapi kami terpaksa pergi juga demi menyambung silaturrahim dengan abang dan adik beradik yg lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan