Selasa, Disember 08, 2009

BALA KERANA TIDAK MENGGUNA PAKAI HUKUM JENAYAH ISLAM! RAGUT MAKAN DARAH LAGI...

Ragut: Suami maut, isteri parah

(utusan.com.my 8/12/09)


Jenayah ragut yang berlaku tanpa mengenal sesiapa terus mengakibatkan insan tidak berdosa menjadi mangsa dan lebih malang ada nyawa menjadi korban. Dalam kejadian di Taman Maluri, Cheras, Kuala Lumpur, semalam, seorang mangsa, Abdul Rahman Mohd. Kaladin, 34, maut manakala isterinya, di atas pengusung cedera parah akibat jenayah tersebut. - utusan/MOHD HATIM MAZLAN


KUALA LUMPUR 7 Dis. - Kekejaman jenayah ragut seolah-olah tidak ada penghujungnya dengan mangsanya tidak mengenal usia.

Kurang dua minggu lalu seorang warga emas berusia 66 tahun maut setelah terjatuh daripada motosikal yang dibonceng akibat diragut di Alor Setar.

Hari ini jenayah ragut itu meragut pula nyawa seorang lelaki selain mencederakan isterinya di Jalan Jejaka di sini.

Ketika kejadian pada pukul 3.30 petang ini, mangsa, Abdul Rahman Mohd. Kaladin, 34, serta isterinya yang juga berusia 34, baru keluar daripada pusat beli-belah Jaya Jusco Taman Maluri di sini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim berkata, sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah dihimpit dua lelaki.

"Kedua-dua suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 125Z telah menghimpit kenderaan mangsa untuk meragut sebelum pasangan itu hilang kawalan dan memasuki Jalan Perkasa 1.

------------- yusz felda :

"setelah berehat beberapa hari, hari ini saya kembali menaip.. namun, artikel pertama berkaitan ragut lagi! Ingat, petang raya Haji kalau tak silap mati seorang wanita di Kedah.. anak dia bawak motorsikal.. mak dia jatuh 10 meter baru dia perasan.. mak dia cedera parah di bahagian kepala, mati.. dasyatnya Bala Allah.. kini ragut menjelma lagi.. mati lagi.. apakah Tuan/Puan sedar atau tidak ianya Bala Allah akibat 'tangan'! Tangan yang memberi UNDI kepada BN/UMNO! Tak akan selesai hingga BN/UMNO menukar Hukum Konvensional kepada Hukum Islam!

* teringat adik kandung dikejar.. mujur tak panik.. selamat juga akhirnya..

Tiada ulasan: