Malaysia taja biasiswa, latih guru selatan Thai
(utusan.com.my) |
|
NARATHIWAT 9 Dis. – Malaysia memulakan langkah pertama yang dianggap signifikan dalam membantu penduduk Islam di selatan Thailand apabila mengumumkan penajaan biasiswa dan latihan kepada guru serta pelajar di wilayah berkenaan.
Buat permulaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan menerima lima guru dari Institut Islam Attakiah, di sini untuk menjalani latihan pembelajaran bahasa Inggeris di institut perguruan di Malaysia.
Mengenai penajaan biasiswa pula kata Najib, tiga pelajar lulusan sekolah itu akan menikmati kemudahan berkenaan setiap tahun bagi membolehkan mereka melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Petronas.
“Mereka akan menerima penajaan biasiswa oleh Kerajaan Malaysia melalui Petronas,” katanya.
Atas semangat itu juga kata Perdana Menteri, berikutan permintaan Abhisit, Kerajaan Malaysia akan menimbang untuk membantu sekolah-sekolah agama di selatan Thailand bagi membolehkan ia terus berkembang dari semasa ke semasa.
Mengenai Institut Islam Attakiah, Najib berkata, beliau berbangga kerana sekolah itu yang mempunyai 4,500 pelajar merupakan sekolah agama tersohor di Thailand. – UTUSAN
-------------------------------
KL beri harapan baru(bharian.com.my)
NAJIB mengaminkan doa oleh imam masjid selatan Thailand selepas beliau bersama Abhisit selesai merasmikan majlis penamaan Jambatan Muhibah, semalam. |
Lawatan Najib tinggal kesan kepada umat Islam selatan Thailand
LAWATAN singkat dan bersejarah Datuk Seri Najib Razak ke wilayah ini semalam, memberi harapan baru kepada penduduk Islam di selatan Thailand yang berhadapan dengan pergolakan sejak sekian lama.
"Jika kerajaan Thailand tidak menggalakkan Islam diajar, mereka tidak akan mengundang saya ke sekolah ini. Saya yakin pengajaran dan pembelajaran mengenai Islam di wilayah ini akan diteruskan. Ini adalah dasar kerajaan Thailand. Perdana Menteri (Abhisit) memberi jaminan kepada saya bahawa dasar ini akan diteruskan.
-----------------------
yusz felda :
kita doakan hasrat murni PM sebagai muslim mengambil berat isu jiran sesama Islam ini.. kedatagan PM ke Selatan Thailand sudah tentu mengubat hati jiran kita di sana.. harapan mereka sekurang-kurangnya PM Thai faham dan tahu bahawa Umat Islam di Thai tidak boleh dianak tirikan sesuka hati..
Saya secara peribadi sokong usaha ini bahkan dibuat sebaik yang mungkin lagi... jika Pakatan rakyat memerintah, insya allah isu ini lebih diutamakan.. pergolakan di Thai adalah isu agama.. bukan isu ,lain..
Doakan Pakatan memerintah, insya allah, jiran kita tidak akan kesedihan dan kehilangan orang tersayang lagi..
Ameeeeeeeeenn.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan