Ahad, Disember 20, 2009

Kisah Al-Maunah 2 CURI ENJIN KAPAL TERBANG? kali ni siapa yang ganas?

Dalang dijejak

Oleh Hardi Effendi Yaacob
hardi@bharian.com.my


PESAWAT pemintas F-5E milik TUDM.

'Orang dalam' syarikat selenggara dipercayai ada kaitan kes enjin jet TUDM hilang

KUALA LUMPUR: 'Orang dalam' syarikat penyelenggaraan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipercayai menjadi perancang utama dalam kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E, bernilai kira-kira RM50 juta, milik TUDM dari gudang simpanannya di Pangkalan Udara Kuala Lumpur, akhir tahun lalu.

Sumber memberitahu Berita Minggu, siasatan tidak menolak kemungkinan itu berikutan jaringan perniagaan syarikat penyelenggaraan berkenaan hingga ke luar negara.

Katanya, tanpa pembabitan pihak berkenaan agak mustahil enjin jenis GE J85-21A itu boleh dijual sendiri oleh orang dalam TUDM kepada pembeli antarabangsa.





Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times semalam mendedahkan satu daripada dua enjin pesawat tempur, F-5E, yang berpangkalan di Skuadron 12 Scorpion Butterworth hilang dari Gudang Material Udara I (Matra I), Sungai Besi akhir tahun lalu.
Berikutan itu, ATM membuat laporan polis awal tahun ini, dan sehingga ini empat orang ditahan termasuk pegawai TUDM.

Sementara itu, sumber itu juga berkata, ada kemungkinan enjin itu dileraikan menjadi komponen kecil untuk menyukarkannya dikesan, selain memudahkan urusan logistik ketika dijual.


"Kes ini dirancang rapi, dengan banyak percanggahan maklumat berlaku berhubung kehilangan enjin berkenaan, dipercayai bertujuan menghapuskan bukti dan menyukarkan siasatan.


"Difahamkan, enjin itu sudah lama hilang tetapi dokumen menyatakan ia masih di gudang.


Lebih menghairankan, bagaimana rekod perkhidmatan dan penyelenggaraan enjin itu yang tersimpan dalam peti besi di Markas Logistik TUDM boleh hilang.


"Padahal, tiada rekod menunjukkan dokumen itu dibawa keluar dari pangkalan. Lebih misteri, bagaimana enjin sebesar itu boleh keluar tanpa dapat dikesan dari sebuah pangkalan tentera yang ketat kawalan keselamatannya," katanya. 
 
--------------
yusz felda :
saya dengar rakan saya beritahu, rakyat kini mula berani membincangkan isu negara yang kucar kacir.. otak kepala kita mudah pikir, guane enjin kapal terbang begitu besar boleh hilang dari kawalan TUDM, yang ketat.. apakah ada AL MAUNAH 2???

APAKAH SEMUA INI ISYARAT BAHAWA DS NAJIB JUGA AKAN DIAIBKAN OLEH ALLAH LEBIH CEPAT MASA MEMERINTAH DITAMATKAN BERBANDING TUN ABDULLAH???

Tiada ulasan: