Jumaat, Disember 18, 2009

Kalaulah anak-anak tahu, susahnya ibu...

ARKIB : 17/12/2009

Hospital Sultanah Bahiyah sambut bayi tabung uji

17/12/2009 5:23pm

ALOR SETAR 17 Dis. - Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini Setar melakar sejarah buat julung kali apabila empat bayi tabung uji (IVF) termasuk satu kes kembar tiga dilahirkan di hospital itu pada 6 dan 10 Disember lepas.

Pakar Perunding Perubatan Reproduktif, Jabatan Obstetriks & Ginekologi HSB, Dr. Murizah Mohd. Zain berkata, HSB adalah hospital kerajaan kedua yang menawarkan perkhidmatan IVF menggunakan kaedah suntikan sperma (ICSI), selain Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bayi tabung uji pertama, lelaki seberat 3.4 kilogram dilahirkan pada 6 Dis lepas dan yang kedua kembar tiga (dua lelaki dan seorang perempuan) seberat antara 1.8 kg hingga 2.2 kg dilahirkan empat hari selepas itu.


 * imej> gambar anak saya rifqeiy beberapa minit lahir selepas ke  dunia tahun 2008..

“Kesihatan keempat-empat bayi ini berada berada pada tahap memuaskan kecuali bayi perempuan dalam kelahiran kedua yang mengidap demam kuning,” kata Dr. Murizah kepada pemberita hari ini. - Bernama
----------------------------------------------
mahkamah-akhirat :


"kata para hukamak : mulakanlah mentarbiyah anak-anak kamu sebelum kelahirannnya 20 tahun! Macam mana?


Maksudnya.. bukan kita bentuk peribadi anak.. bapa kita, datuk nenek kita dah membentuk perangai generaSI  yang ada sekarang,,, KITA? Kita membentuk sifat/akhlak anak kita sekarang dan cucu cicit kita akan datang.. jika baik kita, maka saham pahala kebaikan akan sampai ke benih-benih yang akan lahir zaman akan datang... pikir-pikir kan lah... 


Kita lihat kisah bayi tabung uji ni.. agak-agaknya lah.. apakah perasaan ibubapa ini, jika bila anak dewasa kelak, tiba-tiba derhaka kepada mereka cthnya? sedangkan mereka tidak tahu betapa susahnya derita/gangguan emosi/rohani dan sebagainya sebelum berjaya mendapt anak dengan kaedah ini... 


Tu lah... susah juga ibubapa dengan cara tabung uji.. tetapi ingat juga, jangan sayang hingga MANJA SANGAT.. hingga tak ketentuan akhlak dan aqidahnya.. :)

Tiada ulasan: