Jumaat, Disember 11, 2009

Home Stay Jamilah, Jalan Alor Mengkudu, Simpang Kuala, Alor Star

Setiap rumah ditandakan nama rumah untuk memudahkan pelanggan.. kreatif tuan Home stay lah.. ada letak nama ahli keluarga, ada letak nombor dan sebagainya...


5/12/09 saya dan keluarga menyewa rumah angah 1.. RM250/= ada 3 bilik.. setiap bilik ber 'air cond'... dan ber 'tandas'.. rumah kiri Along.. RM 250/= juga sehari semalam.. Sehari sebelum kami masuk, 2 rumah berdekatan ini disewa! Bayangkan tuan rumah dapat RM500/= 1hari hanya dengan 2 rumah ini sahaja! Belum lagi rumah lain! Siapa tak mahu bisness ini?

Ini laluan utama dari jalan besar, menuju masuk ke kawasan parking home stay Jamilah.. tanah sawah padi dijadikan tapak home stay.. satu bisnes yang kini makin menjadi idaman mereka yang mempunyai RM dan tanah..

Kalau ada Tuan/Puan singgah di Alor Star.. tak tahu di mana nak menginap? boleh pi home stay ini.. banyak rumah.. rumah Along, Angah1, Angah2, Achik.. Taukeh ini macam jutawan juga.. ada home stay.. ada rumah sewa.. ada 15 unit kedai sewa.. dengar cerita nak buat dewan Futsall pulak di belakang rumah sewa ini..


Ini pintu depan rumah Angah 2.. kita ada masa untuk memilih rumah mana.. kadar sewa tak sama antara 1 rumah.. rumah Angah 2 ini RM180/=..

Tiada ulasan: