Ahad, Disember 27, 2009

ANTARA WAJAH KEMATIAN DI HUJUNG TAHUN 2009... mati itu terlalu sakit... :(

10 maut bas dua tingkat terbabas di lebuh raya



KAKITANGAN hospital membawa masuk sebahagian daripada 10 mayat mangsa kemalangan ke rumah mayat Hospital Raja Pemaisuri Bainun, Ipoh, semalam.

IPOH: Seramai 10 penumpang terbunuh, manakala dua cedera, termasuk seorang parah dalam kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat Sani Express Sdn Bhd (Sani Express) yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke utara, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, bas yang membawa 48 penumpang itu dalam perjalanan dari Klang menuju ke Kangar dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan melanggar pembahagi jalan di laluan terus tanpa henti Kuala Lumpur-Pulau Pinang.

Mereka yang terbunuh ialah pasangan suami isteri, Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46, dari Klang; dua rakan karib, Mohd Shukri Mohd Ali, 22, dan Mohd Bilal Osman, 22, dari Sungai Besar, Selangor; dua pasangan beradik, Ng Kah Kit, 12, dan Ng Ph Ngoh, 23, dari Alor Setar, Kedah serta Sharifah Raheel Al Junid Syed Harun, 21, dan Sharifah Hassanah Syed Harun, 15, dari Sungai Petani, Kedah.


Dua lagi ialah Musa @ Ismail Abdullah, 64, dari Gurun, Kedah dan Noor Jasmi Noordin, 25, dari Kangar Perlis. Anggota tentera, Md Razip Fadzir, 43, dilaporkan cedera parah, manakala Siti Munira Hashim, 30, dari Langgar, Kedah hanya cedera ringan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Wan Abdullah Ishak, berkata, 10 penumpang yang duduk di tingkat bawah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan serius dan kecederaan teruk di beberapa anggota badan termasuk kepala, manakala mangsa yang parah masih dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

"Bas itu tiba-tiba terbabas lalu merempuh pembahagi jalan di sebelah kiri lebuh raya. Ia kemudian melantun serta merempuh pula pembahagi jalan di sebelah kanan lebuh raya sebelum berhenti," katanya.

MANGSA NAHAS: (dari atas, kiri); Sharifah Hassanah Al Junid, Sharifah Raheel Al Junid, Shaharin Mohd Noor, Supiah Adam, Musa @ Ismail Abdullah. (dari bawah, kiri); Noor Jismi Noordin, Mohd Bilal Osman, Ng Ph Ngoh, Ng Kah Kit dan Mohd Shukri Mohd Ali.

Beliau berkata, besi daripada pembahagi jalan menusuk masuk ke dalam bas selepas rempuhan pertama (di sebelah kiri) menyebabkan kematian dan kecederaan penumpang berkenaan.

Berikutan itu, katanya, polis menahan reman pemandu bas terbabit, Mohd Kamil Mohd Rashid, 38, selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

"Ketika disiasat, pemandu bas terbabit mengaku mengantuk dan terlelap ketika kemalangan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian iaitu kira-kira lapan kilometer (km) dari Tol Jelapang, di sini, semalam.

Katanya, siasatan itu mendapati pemandu terbabit tidak berada di bawah pengaruh dadah atau alkohol kerana kedua-dua ujian yang dijalankan didapati negatif.

Wan Abdullah berkata, polis masih menjalankan siasatan, termasuk mengumpulkan maklumat daripada saksi kejadian dan laporan pengguna lebuh raya lain yang berada di tempat kejadian.

"Siasatan mendapati pemandu bas dari Klang memulakan perjalanan pada jam 9 malam dan berhenti di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah kerana ada penumpang ingin ke tandas. Pemandu itu juga bercadang untuk berehat (bertukar pemandu) sebaik berhenti di R&R Sungai Perak," katanya.

Kemalangan ngeri itu adalah kejadian pertama berlaku di laluan terus tanpa henti sejak ia dibuka pada 14 Julai lalu. Laluan sepanjang 14.7 kilometer antara Plaza Tol Ipoh Utara dan Ipoh Selatan bernilai RM283 juta itu diubahsuai sejak Jun tahun lalu dan mula dibuka secara berperingkat kepada lalu lintas beberapa bulan kemudian.

Sementara itu, Siti Munira yang menceritakan detik cemas itu, berkata dia sedang tidur di tingkat atas bas sebelum dikejutkan dengan jeritan kuat penumpang terutama dari bahagian bawah.

"Saya tersentak dan melihat penumpang di tempat belakang saya mengerang kesakitan kerana tersepit akibat hentaman kuat. Saya hanya mampu mengucap kalimah Allah selepas mendengar pekikan mangsa yang terkejut dengan dentuman itu," katanya.

KRONOLOGI: Antara kemalangan maut membabitkan bas ekspres

  • 2009

    14 April: Enam termasuk pemandu sebuah bas ekspres maut, manakala tiga lagi parah apabila kenderaan dua tingkat membawa 32 penumpang hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan terbalik di Kilometer 443, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Bukit Beruntung, Rawang.

  • 2008

    8 Disember: Sepuluh penumpang termasuk seorang doktor dari Hong Kong maut, manakala 18 yang lain cedera selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas lalu terbalik di Kilometer 146.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Tangkak, Muar, Johor.

  • 2007

    15 Ogos: Dua puluh termasuk tiga pasangan suami isteri maut manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah bas ekspres terbabas dan terhumban ke dalam parit di Kilometer 229.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat Bukit Gantang, Taiping.

  • 2006

    31 Julai: Sebelas maut dan 35 cedera termasuk sembilan parah apabila bas pesiaran yang mereka naiki untuk menghadiri upacara keagamaan di Gereja St Anne's di Bukit Mertajam, terbalik di Kilometer 160.8 Lebuh Raya Utara Selatan, empat kilometer selepas susur keluar Plaza Tol Jawi di Butterworth.

  • 2005

    28 Mac: Lima penumpang bas ekspres maut manakala enam lagi cedera parah apabila bas yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Kilometer 58, Jalan Sibu-Bintulu di Sibu, Sarawak.

  • 2004

    24 Disember: Lima orang, termasuk dua pelancong asing terbunuh, manakala 17 lagi parah apabila sebuah bas ekspres Kurnia Bistari terhumban ke gaung sedalam 25 meter di Kilometer 12, Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dekat Pos Slim, Ipoh.

  • 2003

    1 Disember: Empat belas terbunuh manakala 30 cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres, sebuah bas sekolah yang dijadikan bas tambahan sempena Aidilfitri dan sebuah kereta di Kilometer 63, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, Kuala Lipis, Pahang.
  •  
  • YUSZ FELDA : INNA LILLAH WA INNA ILAIHI ROJ'IUN.. KITA DARI ALLAH.. DAN KEPADANYA KITA AKAN DIKEMBALIKAN.. DAH TAHU BILA-BILA AKAN MATI.. NAIK BAS EKSPRESS SEKARANG bimbang dari naik kapal terbang...  

PERTEMUAN KETUA PEMUDA PAS DENGAN KU LI...

PERTEMUAN KETUA PEMUDA PAS DENGAN KU LI...

http://pemuda.pas.org.my/v2/

   

AMPANG, 24 Dis: Veteran Umno, Tengku Razaliegh Hamzah berpendapat golongan muda wajar diberi peluang berperanan dalam pelbagai bidang untuk lebih berdaya saing dan bukannya menumpukan bidang politik semata-mata.

Ianya kerana, dunia zaman sekarang memerlukan kepakaran dalam semua lapangan dan pemuda harus bersedia memenuhi tuntutan tersebut.

"Orang muda patut diberi empowerment (diperkasa), berperanan dalam banyak hal bukan sahaja politik, tetapi juga pentadbiran, perusahaan dan sebagainya," katanya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang.

Tengku Razali atau lebih mesra dengan panggilan Ku Li, berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat Ahli Jawatan Kuasa Dewan Harian, Pemuda PAS Pusat di kediaman beliau di sini semalam.

Kunjungan hormat tersebut bertujuan mendapat pandangan dan gambaran lebih jelas dari beliau berhubung beberpa perkara yang sedang berlaku dalam negara.

Antara yang dibincangkan dalam pertemuan hampir satu setengah jam itu menyentuh isu ekonomi negara, royalti Kelantan dan peranan pemuda pada kacamata beliau.

Dalam isu ekonomi, beliau yang juga bekas Menteri Kewangan berkata, kerajaan sewajarnya memikirkan bukan sahaja untuk meningkatkan pendapatan negara semata-mata, malah untuk menampung keperluan rakyat dan dunia.

Kerajaan juga katanya perlu mempelbagaikan sumber pendapatan, dan tidak harus bergantung hanya kepada Petronas semata-mata.

Keadaan persekitaran ekonomi negara juga katanya tidak mesra pelabur sehingga beliau menyifatkan pelabur semakin hilang minat terhadap Malaysia.

"Nampaknya (pelabur) dari luar negara minat tidak ada, barangkali keyakinan terhadap dasar-dasar kerajaan tidak begitu meyakinkan. Dalam negara sendiri pun punca amat kurang dan mungkin kerana pelabur kurang yakin dengan apa yang berlaku, dari segi korupsinya, keselamatnnya, sosialnya..

"Sebab itu rakyat kita lebih selesa melabur pada tempat yang terjamin keselamatannya, itu yang kita kena fikir," katanya lagi.

Beliau juga memberitahu sedang mengkaji bagaimana kaedah untuk meningkatkan pendapatan rakyat lebih tinggi agar dapat menahan inflasi yang berlaku.

Ianya termasuklah mencari penyelesaian bagaimana untuk menaikkan nilai ringgit Malaysia seperti dahulu.

Berhubung isu royalti pula, beliau yang juga bekas Pengerusi Petronas sekali lagi memaklumkan bersetuju memenuhi hasrat kerajaan Kelantan untuk hadir memberi penerangan kepada rakyat negeri itu.

Bagaimanapun beliau menafikan dakwaan mana-mana pihak bahawa beliau sedang diperalatkan oleh parti politik tertentu berhubung oerkara itu.

"Saya tidak menjadi alat politik mana-mana pihak, saya hanya menjadi alat kepada rakyat, saya hanya mahu menyatakan kebenaran," jelasnya.

NEGARA DALAM BAHAYA...

KENYATAAN MEDIA
22 DISEMBER 2009


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT


PARTI ISLAM Se MALAYSIA (PAS)






NEGARA DALAM BAHAYA :


IMPLIKASI AMALAN RASUAH






1.. Rakyat sekali lagi dikejutkan oleh satu pendedahan yang memalukan negara apabila Menteri Pertahanan Dato' Zahid Hamidi memberitahu bahawa enjin jet pejuang F-5E bernilai RM 50 juta hilang dan beberapa barangan lain turut lesap .




2. Tidak adalah tempat yang paling selamat di dalam negara kita melainkan kawasan dibawah kawalan Kementerian Pertahanan . Malangnya kementerian ini juga gagal mempertahankan enjin jet pejuangnya , maka apa lagi sandaran keselamatan negara dan rakyat di dalam negara ini ?




3. Memalukan ! inilah sahaja kalimah yang boleh saya lafazkan sewaktu pertama kali ditanya mengenai kehilangan enjin jet pejuang negara pada tahun 2007 yang kini hangat diperkatakan . Sungguh ini memalukan negara justeru menunjukkan sistem kawalan keselamatan negara terlalu rapuh . Apa lah yang boleh diharapkan pada pertahanan negara dan para pejuangnya untuk melindungi keselamatan negara dan rakyat jika enjin jet pejuang mereka boleh hilang dan lesap .




4. Tahun 2007 ini juga mengingatkan saya bagaimana kenyataan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat ahli politik kanan menerima rasuah RM 5 juta untuk membebaskan penjenayah yang sangat dikehendaki kerana terlibat dalam pelbagai aktiviti jenayah seperti pelacuran , gengster , ah long dan lain - lain .




5. Persidangan Dewan Negara pernah diberitahu [ pada tahun 2007 ] terdapat tiga kumpulan gengster utama yang telah dikenal pasti wujud di negara ini sejak 2005 dengan jumlah anggota mencecah 17,000 orang. Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kumpulan gengster Ang Bin Hoey mempunyai 122 kumpulan dengan 11,764 anggota, kumpulan Wah Kee mengetuai 40 kumpulan dengan 1,991 anggota manakala Thug Gang mempunyai 123 kumpulan dengan 3,497 anggota.




6. Pada 12 ogos 2007 melalui ruangan tetap Tun Hanif Omar [ bekas ketua polis negara ] mendedahkan di akhbar The Star bahawa terdapat 40% daripada anggota polis terlibat dengan rasuah .




7. Sementara pada 14 February 2004 , Datuk Seri Rais Yatim juga pernah mendedahkan bagaimana 18 kes rasuah yang melibatkan high profile sedang diperingkat akhir siasatan tetapi malang sehingga kini tidak lagi kedengaran sebarang tindakan diambil .




8. Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam pernah seketika dulu membuat laporan kepada BPR [ kini SPRM ] apabila laman web seorang yang dituduh penjenayah, Michael Soosai yang seketika dulu dipercayai bersembunyi di India , mendedahkan kegiatan sembilan anggota polis yang terlibat secara langsung dengan rasuah.




9. Baru - baru ni kita dikejutkan dengan berita bumbung stadium Sultan Mizan runtuh di Terengganu , kemudian jambatan gantung di Dipang juga runtuh dan mengakibat hilang nyawa beberapa orang pelajar sekolah yang menggunakan jambatan tersebut . Terbaru hentian bas di Kuala Berang juga dilaporkan runtuh . Saya percaya semuanya ini adalah bermula dan berpunca dari amalan rasuah yang membarah .




10. Indeks rasuah negara di peringkat antarabangsa kini di angka 52 . Angka yang sangat memalukan dan jauh ketinggalan dari negara jiran kita Singapore . Lebih malang , tiada usaha yang serius dan berkesan dari kerajaan UMNO dan BN untuk menangani isu rasuah ini malah mereka kelihatan selesa dengan wabak rasuah yang kian menular ini . Akibatnya , keselamatan negara dan rakyat kini terancam dan berada di dalam keadaan bahaya .






11. Pemuda PAS kesal sikap kerajaan yang hanya bertindak kepada pegawai atasan apabila berhadapan dengan kes-kes seperti kehilangan enjin jet pesat pejuang, sedang menteri pertahanan pada waktu itu yang juga Perdana Menteri pada hari ini di lepaskan begitu sahaja. Pihak Menteri terbabit sepatutnya mengambil tanggungjawab dengan meletakkan jawatan apabila berhadapan dengan kes-kes seperti ini kerana ianya mengancam keselamatan negara dan rakyat .




USTAZ NASRUDIN HASSAN AT-TANTAWI


Ketua


Dewan Pemuda PAS Pusat


Web rasmi http://pemuda.pas.org.my


Blog http://episodeperjuangan.blogspot.com

TEKS UCAPAN PRESIDEN PAS DALAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT

TEKS UCAPAN PRESIDEN PAS DALAM KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT
MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT


Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.


Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.
Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.


Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir yang bermaksud:




Dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?
"Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?
"(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"
(Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).


Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.


Tsunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.


DEMOKRASI
Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.


PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.
Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.


Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.


Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.




PERPADUAN
Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.


PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian.


Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :


ومن آياته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم . إن في ذلك لآيات للعالمين


.(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).
Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :


وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل


(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).


Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.
Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.


Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.
Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.


MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN
Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.
Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.


JENTERA PARTI
Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.


PERKUKUH PAKATAN RAKYAT
Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.


Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.


YB. Dato’ Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
19 Disember 2009
Auditorium MBSA, Shah Alam,
Selangor

Jumaat, Disember 25, 2009

PERGI HAJI, NAK GELARAN SAHAJA.. (BISIK HATI).. BERJAYA SYAITAN..

Bolehkah Menggunakan 
Gelaran Haji dan Hajjah?
Oleh
 
Zaharuddin Abd Rahman
 
mecca2009.jpg
 
Soalan
Apakah boleh seseorang menuntut dan menggunakan gelaran Haji atau Hajah sesudah pulang dari menunaikan ibadah tersebut. Adakah ia satu kesalahan di dalam Islam kerana tidak pernah digunakan oleh nabi dan para sahabat di zaman ? Jika dibenarkan apakah pula ulasannya Ustaz. Terima kasih
 
Jawapan
Sebelum ini juga ramai yang bertanya sama ada boleh digunakan gelaran ‘Haji' kepada mereka yang sudah selesai menunaikan haji.. Saya teringat ada seorang kenalan saya, sekitar 10 tahun dahulu memarahi seorang rakannya kerana tidak memanggilnya dengan gelaran tersebut. Bila saya bertanya mengapa sampai begitu sekali?.
 
Dijawabnya "Ye la, kita dah bertungkus lumus melaksanakan haji, berbelas ribu ringgit habis, jadi hormatlah sikit kita  dengan pengiktirafan" demikian tegasnya secara agak emosi.
 
Saya yakin, para pembaca mempunyai pelbagai reaksi apabila membaca jawapannya. Majoritinya mungkin akan merasa tidak bersetuju sama sekali dengan hujjahnya. Namun itulah hakikat bagi sebahagian besar umat Islam khususnya di Malaysia, mereka cukup ingin serta merasa selesa dan bangga dengan gelaran ‘Haji' sesudah mereka pulang dari mengerjakan ibadah agung tersebut. 
 
Jadi persoalan kita ketika ini, adakah boleh di sisi Islam?
"ada orang baru balik haji, sibuk ingin digelar haji, kalau tak gelar, dia marah, habis rukun Islam yang lain pun lepas ini kena bagi gelaran jugakkah?, jadilah namanya Tuan Haji Umrah Solat Puasa Zakat Ali Bin Abu Bakar" Demikian sindir seorang ustaz sebagai tanda protes tidak setuju disamping ingin membuat buah lawak untuk menghilangkan mengantuk para pendengar ceramahnya. "Nabi dan sahabatnya tiada yang guna gelaran begitu, ni semuanya mengarut dan bid'ah" tegas seorang ustaz lagi dalam kuliahnya.
Adakah salah untuk menggunakan gelaran Haji di awal nama bagi mereka yang pulang dari menunaikan ibadah besar itu?
 
Persoalan ini tidak dinafikan lebih kepada sebuah isu kecil, justeru diharap jangan ada sesiapa yang kerananya melakukan dosa menghina, merendah dan menyakiti hati manusia lain. Itu persoalan pookok yang perlu difahami sebelum kita melanjutkan perbincangan.
 
Menurut pendapat saya, gelaran sebegini bukan sebuah persoalan ibadah khusus yang memerlukan kepada dalil khusus dari amalan Nabi s.a.w, salafussoleh dari kalangan sahabat dan tabien. 
 
Isu gelaran adalah sebuah isu kemasyarakatan dan sosial yang tidak tertakluk kepada dalil-dalil specifik. Ia hanya tertakluk kepada dalil umum yang mengandungi nilai dan asas sama ada untuk mengarah atau melarang.
 
Dalam hal gelaran, dalil yang menjelaskan prinsip atau displin dalam gelar menggelar boleh diambil dari firman Allah swt seperti yang tercatat di dalam ayat surah al-Hujurat :
وَلَا تَلْمِزُوا أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا بِالْأَلْقَابِ بِئْسَ الاِسْمُ الْفُسُوقُ بَعْدَ الْإِيمَانِ
Ertinya : janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil memanggil dengan gelar-gelar yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah segala jenis nama panggilan yang berciri kefasiqan selepas kamu beriman ( Al-Hujurat : 11)
 
Jelas dari ayat di atas, prinsipnya adalah Allah swt melarang untuk umat Islam mengelar saudara seagama dengan apa jua gelaran yang buruk dan menyakitkan hatinya, tidak kira sama ada ia benar atau tidak, selagimana ia dilakukan dengan niat menghina dan menjatuhkan, ia adalah dilarang.
Imam Abu Ja'far At-Tabari mengatakan :
التنابز بالألقاب : هو دعاء المرء صاحبه بما يكرهه من اسم أو صفة ، وعم الله بنهيه ذلك ، ولم يخصص به بعض الألقاب دون بعض ، فغير جائز لأحد من المسلمين أن ينبز أخاه باسم يكرهه ، أو صفة يكرهها
Ertinya : Memanggil dengan gelaran adalah seperti seseorang memanggil saudaranya dengan cara yang dibencinya sama ada (menggunakan) nama tertentu atau sifat. Dan larangan Allah swt itu umum tanpa sebarang pengkhususan kepda satu jenis gelaran tanpa yang lain, maka oleh itu, TIDAK HARUS (haram) bagi seorang Muslim untuk memanggil saudaranya sama ada dengan nama atau sifat yang dibencinya. ( Jami' al-Bayan, 22/29)

Justeru di dalam Islam budaya gelar mengelar dengan gelaran buruk ini bukanlah tindakan yang benar, malah ia terkeji dan hanya menjadi mainan individu yang dipimpin oleh emosi. Jangan sesekali mudah memulakan gelaran seperti 'Ulama Mee Segera', 'Si bodoh', ‘Umngok', ‘Munafiq' dan lain-lain. Walau apapun sebab dan latar belakang kemarahannya, cara menggelar sebegini bukan caranya. Terdapat begitu banyak cara bahasa lain  yang lebih sesuai untuk menegur seseorang.
 
Ia hanya akan memburukkan keadaan dan seterusnya menjatuhkan maruah si penggelar sahaja bukan mereka yang digelar. Tiada kebaikan yang boleh tersebar darinya kecuali kepuasan peribadi pihak mengggelar kononnya untuk menegakkan yang hak tetapi sebenarnya hanya memuaskan nafsu amarah masing-masing sahaja. 
 
Islam melarang menggelarkan seseorang dengan sebarang gelaran buruk, dilarang juga mengkafirkan seseorang tanpa kejelasan yang putus atau kelak kekafiran dan gelaran itu akan kembali kepada dirinya sendiri. Seluruh gelaran buruk yang dicipta juga akan kembali kepada di penggelar.
 
Namun demikian, terdapat PENGECUALIAN sekiranya sesuatu gelaran dibuat bagi keadaan tertentu seperti untuk membezakan di antara individu maka digelarkan dengan sifat atau nama yang sesuai bagi fizikalnya, sedangkan gelaran itu adalah buruk, namun panggilan itu dibuat bukan untuk menghina dan merendah, ia hanya diniat untuk memberi kenal kepada mereka yang bertanya. Tatkala itu ia dibenarkan, 
 
Demikian juga, jika terdapat maslahat yang lebih besar untuk dijagai, seperti bpara ulama menggelarkan beberapa perawi sebagai ‘kazzab' atau banyak berbohong bagi menjaga ketulenan sesebuah hadis. Namun ia bukanlah disebarluaskan kepada masyarakat awam, hal sedemikian hanya akan diketahui oleh golongan ulama dari kalangan penkgaji hadis dan perawinya sahaja. Ringkasnya semuanya masih tertakluk kepada adab-adab dan displinnya.
 
GELARAN BAIK SEPERTI TUAN HAJI?
 
Gelaran buruk dengan tujuan merendah dan menghina, tanpa khilaf lagi ia dilarang, maka jelas GELARAN BAIK ADALAH dibenarkan dalam Islam selagi tidak bercanggah dengan aqidah seperti menggelar seseorang dengan gelaran yang mengangkatnya ke darjat Tuhan atau Rasul.
Keharusan ini boleh dilihat dalam keharusan menggunakan gelaran Sayyid bagi Nabi Muhammad s.a.w dan juga para sahabat baginda nabi s.a.w.
Penggunaannya kepada selain Nabi s.a.w tidak disepakati oleh para ulama, ada yang menegah kecuali bagi pemimpin kaum iaitu di atas kapasitinya sebagai pemimpin atau ketua kepada kaum tersebut.
Namun demikian, gelaran ‘sayyiduna' yang beerti tuan kami, dibenarkan oleh sebahagian ulama untuk digunakan sama ada untuk baginda Nabi s.a.w dan juga tokoh-tokoh pimpinan yang lain, berdasarkan beberapa dalil (namun tulisan ini tidak akan membincangkan perihal kukuh atau tidaknya dalil yang dipetik). Antaranya Firman Allah :-
فَنَادَتْهُ المَلائِكَةُ وَهُوَ قَائِمٌ يُصَلِّي فِي المِحْرَابِ أَنَّ اللَّهَ يُبَشِّرُكَ بِيَحْيَى مُصَدِّقاً بِكَلِمَةٍ مِّنَ اللَّهِ وَسَيِّداً وَحَصُوراً وَنَبِياًّ مِّنَ الصَّالِحِينَ
Ertinya : Kemudian Malaikat (Jibril) memanggil Zakaria, sedang ia tengah berdiri melakukan salat di mihrab (katanya): ""Sesungguhnya Allah menggembirakan kamu dengan kelahiran (seorang putramu) Yahya, yang membenarkan kalimat (yang datang) dari Allah, menjadi tuan, menahan diri (dari hawa nafsu) dan seorang Nabi termasuk keturunan orang-orang saleh. ( Al-Imran : 39)
Imam al-Qurtubi mengulas katanya :-
ففيه دلالة على جواز تسمية الإنسان سيدًا ، كما يجوز أن يُسمِّى عزيزًا أو كريمًا
Ertinya : Pada ayat itu suatu dalil berkenaan keharusan menamakan seseorang sebagai sayyid (tuan), sebagaimana harus untuk digelar yang mulia (Jami' ahkam al-Quran)
Nabi s.a.w juga pernah bersabda :
 ابني هذا سيد ولعل الله أن يصلح به بين فئتين من المسلمين
Ertinya : Sesungguhnya anakku (cucu) ini adalah sayyid (tuan) dan moga-moga melaluinya Allah akan memperdamaikan dua puak dari kalangan muslimin ( Riwayat Al-Bukhari)
Hasil dari petikan dalil di atas, malah banyak lagi dalil lain, MAJORITI ulama membenarkan untuk menggunakan gelaran Sayyidina kepada baginda Nabi s.a.w dan SEBAHAGIAN ULAMA PULA juga mengizinkannya untuk digunapakai kepada mereka selain Nabi s.a.w. Dengan syarat asalkan kita mengetahui batasan penghormatan, sebagaimana yang dituntut oleh Nabi SENDIRI.
أن ناسا قالوا: يا رسول الله، يا خيرنا وابن خيرنا، وسيدنا وابن سيدنا. فقال: يا أيها الناس، قولوا بقولكم، ولا يستهوينكم الشيطان، أنا محمد عبد الله ورسوله، ما أحب أن ترفعوني فوق منزلتي التي أنزلني الله عز وجل
Ertinya : Orang ramai berkata : wahai Rasulullah, wahai yang terpilih dan anak yang terpilih, tuan kami dan anak kepada tuan. Baginda membalas : Wahai manusia, kamu berkata dengan perkataan kamu, namun jangan sampai kamu diselewengkan oleh Syaitan, aku adalah Muhammad, Hamba Allah dan RasulNya, tiadalah aku sukai kamu mengangkat darjatku melebihi daripada darjat yang diberikan oleh Allah kepadaku ( Riwayat Abu Daud: sanad yang baik)
 
Jika gelaran ‘Sayyiduna' yang kontroversi di kalangan ulama Islam itu pun masih diharuskan menurut sebahagian ulama, sebahagian lain mengatakannya sebagai makruh kerana hadis di atas. Kita memahami gelaran sedemikian memerlukan sedikit hati-hati agar tidak melampau sehingga terjebak dalam kes pengikut Kristian yang mengganggap Nabi Isa sebagai anak tuhan akibat berlebhan dalam menggagungkannya. 
 
Maka tentunya tiada sebarang halangan di dalam Islam untuk gelaran-gelaran biasa yang kurang kontroversi seperti gelaran Tuan haji, Ustaz, Dr, Dato', Syeikh, Profesor, Tok Guru, Imam, Hujjatul Islam, Syeikhul Islam dan apa jua gelaran yang baik lagi disukai dan baik untuk digunakan sebagai penghargaan, pujian, doa dan pengiktirafan.
Isu sama ada gelaran itu akan mendatangkan rasa riyak, takbur dan ujub adalah persoalan kedua. Hal ini mempunyai sedikit persamaan dengan isu memuji seseorang di hadapannya. BOLEH DIBACA DI SINI .
 
Kesimpulannya, jika diketahui pujian itu akan memusnahkannya, maka janganlah dilakukannya. Maka larangan adalah disebabkan hal luaran yang mendatang dan bukannya pada pujian itu sendiri. Demikian juga gelaran Tuan Haji, Sayyid dan sepertinya.
 
Oleh itu, jika kita memanggil seseorang dengan gelaran Tuan Haji, dan ia menyukakan tuan tubuh, malah dapat mengingatkannya dengan ibadah agung yang pernah dia bertungkus lumus melakukannya, mengingatkannya kepada Allah swt dan baitullah al-haram serta boleh mengekalkan momentum keinsafannya. Maka sudah tentu ia tidak dilarang di dalam Islam malah digalakkan. 

 
ADAT DAN HORMAT
Apatah lagi apabila ia sudah menjadi adat di sesebuah kawasan untuk menggunakan nama panggilan yang baik tersebut. Adakalanya, gelaran ‘Haji' juga digunakan hanya kerana tiada gelaran lain yang sesuai untuk seseorang untuk menunjukkan hormat kita kepadanya.
Saya pernah mempunyai beberapa kenalan jutawan veteran yang amat rapat dengan saya, walaupun mereka adalah jutawan, hartawan, pengasas dan ketua kepada syarikat masing-masing, namun mereka belum menerima anugerah Dato', mereka juga bukan pemegang PhD.
Justeru gelaran apakah yang paling sesuai untuk memanggilnya disamping menunjukkan penghormatan kita kepada umurnya ?
 
Tatkala itu saya hilang idea, hanya gelaran ‘Tuan Haji' saya kira paling sesuai setiap kali berhuung dengan beliau. Gelaran pak cik tidak sesuai, gelaran syeikh kurang sesuai orang perwatakan sepertinya, abang juga tidak sesuai, akhi juga tidak sesuai, awak juga tidak, enta pun tidak sesuai. Pernahkah anda mengalami situasi seperti itu?
 
Kita sedar, kesan buruk juga boleh berganda apabila seorang yang digelar ‘tuan haji' dan ‘puan hajah' melakukan maksiat dan dosa secara terangan. Lebih mendukacitakan apabila kesnya melibatkan tangkapan kahlwat, zina, pecah amanah dan lain-lain yang biasnaya tersiar di dada akhbar. Namun demikianhal itu tidak menjadikan penggunaan gelaran ‘Haji' dan Hajah' sebagai haram.
 
AKHIRNYA
 
Walaupun harus mendapat atau menggunakan gelaran ‘Haji', amat perlu disedari pemergian menunaikan rukun Islam kelima itu bukanlah kerana gelaran dan tidak wajar menjadi marah jika tidak diberikan oleh manusia.  
 
Bukankah pandangan Allah yang menjadi sasaran ke sana.

Kemarahan seseorang akibat tidak digelar Haji sesudah pulangnya, boleh menjadi satu indikasi negatif kepada status Haji si polan sama ada ia tergolong di dalam Haji yang Mabrur atau tidak. Pastinya mereka yang mensasarkan haji mabrur tidak akan berasa apa-apa dengan gelaran tersebut, malah tidak ambil pusing dan endah diberikan kepadanya atau tidak. Maka itulah yang terbaik..moga kita semua memperolehi Haji Mabrur..Semua gelaran tidak memberi manfaat kepada alam akhirat kita, semua akan ditinggalkan di dunia yang fana ini, yang kekal dan mengikuti kita adalah kecantikan amal itu, bukan gelarannya.
 
Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar walillahil Hamd
Salam Eidil Adha buat semua umat Islam di seluruh dunia. Jangan lupa berpuasa sunat hari ini bagi mereka yang tidak berada di Arafah.
Sekian
 
Zaharuddin Abd Rahman
-------------------------------------
YUSZ FELDA : EM.. PENYAKIT ROHANI.. ADA JUGA BERKATA, SAYA BELUM BERSEDIA PERGI HAJI.. SEBAB BILA PULANG DARI HAJI, KENA JAGA PERLAKUAN MACAM HAJI.. BIAR DULU LA.. HIK HIK.. MACAM TAKUT PULA BUAT BAIK?.. RAMAI ORANG SANGGUP PERGI UMRAH 200X TAPI HAJI 1X PAYAH.. NTAH KENAPA? 

MB T'GANU MENIPU? Dalam Sidang DUN beritahu pentadbiran telus TAPI...

Ahmad Said
| Print |  E-mail
Harakahdaily   
KUALA TERENGGANU, 25 Dis: "Dari semua bantuan dan sumbangan yang kerajaan buat ini, saya tidak minta perkara besar dari tuan-tuan, hanya ada satu permintaan kecil sahaja iaitu bagilah undi tuan puan untuk BN dalam pilihan raya akan datang."

Ungkapan di atas dikeluarkan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Dewan Besar, Wisma Darul Iman semalam.

Ia dibuat di hadapan ibu bapa dan para pelajar seluruh Terengganu yang menerima hadiah kecemerlangan Pelajar Yayasan Terengganu.

Inilah kemuncak bagi 'segala kerja baik' dari kerajaan negeri kepada rakyat iaitu 'satu undi untuk BN'. Namun kali ini ia tidak diminta secara 'berlapik' lagi tetapi secara terus terang.

Seorang bapa kepada seorang pelajar yang menerima hadiah itu terkejut besar dengan ungkapan itu.

Ini kerana, sepanjang kerier beliau sebagai seorang pegawai kerajaan negeri tidak pernah Menteri Besar sebelum ini mengeluarkan ungkapan seterang itu.

"Kalau dia nak minta kita sokong BN pun, dia berlapik sikit...berkias-kias...tetapi MB yang ini terus kepada undilah BN," kata beliau kepada Harakahdaily.


Melalui program ini, Yayasan Terengganu telah membelanjakan lebih RM10 juta untuk memberikan hadiah kepada pelajar cemerlang ini yang bermula sejak tahun 1980 lagi.

Tahun ini, 6,740 pelajar menerima sumbangan ini yang melibatkan peruntukan sebanyak hampir RM1 juta.

Kerajaan negeri tidak meminta perkara besar dari semua sumbangan yang sangat banyak ini cuma 'satu undi untuk BN' bagi setiap rakyatnya yang layak mengundi sahaja.

"Kalau begitu, ini rasuahlah," kata bapa kepada pelajar berkenaan.

yusz felda : TAHNIAH KERAJAAN NEGERI berjaya buat kebajikan untuk rakyat.. dapat pahala insya allah.. namun, jika minta kepada rakyat undi BN.. dah la BN beri lesen judi pulak.. MB dah pergi haji lagi.. guane nie? 
HAJI MALBORO KE?

Spakat (NGO BARU) akan perjuang nasib peneroka?


Spakat akan perjuang nasib peneroka | Print |  E-mail
Basiron Abd Wahab   
BERA,  25 Dis: Presiden Persatuan Anak Peneroka Se Malaysia (Anak) , Mazlan Aliman membayangkan kewujudan sebuah lagi pertubuhan bukan kerajaan NGO baru untuk bergandingan dengan Anak bagi memperjuangkan isu-isu  kepenerokaan.

NGO baru yang akan dikenali sebagai Spakat itu akan memfokuskan secara keseluruhan masalah peneroka, manakala Anak pula akan terus memberi fokus kepada masalah dan isu berkaitan Generasi baru Felda.

Perkara itu katanya kini sudahpun diperingkat perbincangan, dan sebuah jawatankuasa penaja telahpun dibentuk dan sedang giat menjalankan kajian serta pesediaan untuk penubuhan Spakat.

“Insyakallah NGO baru ini akan lebih fokos kepada isu peneroka manakala Anak akan memfokoskan isu generasi baru Felda,” katanya.

Mengenai Anak, Mazlan berkata, Anak akan memperhebatkan gerakan penerangan disuluruh negara untuk menambah keahlian  disamping menubuhkan cawangan-cawangan baru disetiap skim penempatan Felda.

“Kita akan lancarkan ‘road show’  bergerak kesuruh negara  untuk memperjelaskan isu-isu berkaitan Generasi Baru Felda,” katanya.

Mazlan menyifatkan Generasi Baru Felda semakin tersepit dengan pelbagai masalah yang gagal ditangani kerajaan dan Felda.

Anak, katanya juga sedang berusaha mendapatkan sokongan daripada kerajaan-kerajaan negeri bagi memboleh generasi baru Felda ini mendapatkan lot tanah di tanah rancangan bagi membina rumah kediaman yang menjadi masalah utama kepada golongan itu.

“Kita tahu banyak tanah kosong di rancangan Felda yang boleh di agih-agihkan atau dibina rumah kos rendah sebelum dijual kepada generasi baru Felda,” katanya.


YUSZ FELDA : ALHAMDULILLAH.. MUDAHAN-MUDAHAN BERJALAN LANCAR... di Felda Umas, setakat ini ada 1 borang ahli anak yang telah diisi dan dihantar ke pejabat ANAK.. dugaan di Sabah tinggii.. ketakutan kepada Felda melampau sangat.. 


Rabu, Disember 23, 2009

Awal Tahun Islam 1431H dan penghujung tahun Masehi 2009.. Iktibar Dunia Islam... mesti baca!

OIC dan Umat Islam mesti menjadikan 2009 sebagai sempadan melakukan kejahatan.. jadikan 1431H sebagai MOTIVASI UNTUK MEMBANGUNKAN ISLAM WALAU DENGAN APA CARA..  
Politik dunia Islam 2009: 10 berita utama(HARAKAHDAILY.NET) | Print |   
Haris Zalkapli   
Perkembangan dunia Islam terus menjadi berita-berita utama antarabangsa, memberi kesan kepada politik serantau dan global, bermula dengan serangan Israel ke atas Gaza pada Disember 2008 sehingga Januari 2009, kepada konflik di Yaman yang semakin merebak ke seluruh wilayah negara itu dan jiran. Berikut 10 berita dan pemain utama dalam dunia Islam, yang memberi kesan besar kepada negara terbabit, dunia Islam secara keseluruhan dan politik dunia.

1. Serangan terhadap Gaza, Palestin


Dunia Islam memulakan tahun 2009 dengan menyaksikan konflik di Gaza, perang mempertemukan kekuatan tidak seimbang tentera Israel dengan Hamas dan kumpulan-kumpulan lain di wilayah Palestin dikuasai Hamas ini. Perang bermula pada Disember 2008. Awal 2009, Israel memulakan serangan darat selepas seminggu serangan udara. Perang berakhir pada 18 Januari, dua hari sebelum presiden baharu Amerika Syarikat, Barack Obama mengangkat sumpah. Hampir 1,500 warga Palestin dilaporkan terbunuh, dengan kemusnahan hampir AS$2 bilion. Israel turut menyerang masjid, sekolah dan tempat-tempat awam, membunuh semua termasuk kanak-kanak. Tidak lama selepas perang, Israel memilih sebuah kerajaan dikuasai parti berhaluan kanan. Demonstrasi diadakan di seluruh dunia membantah tindakan Israel. Reaksi di dunia Islam termasuk boikot terhadap jenama AS dan Barat seperti McDonald's, Tesco, Starbucks, KFC dan pelbagai produk konsumer lain.

2. Dasar luar baharu Turki


Negara yang sedang menggerakkan dasar luar baharu, Turki, bertindak pragmatik dalam menangani isu Gaza melalui satu tindakan Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan dalam forum di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Switzerland, menaikkan imej Turki ketika dunia Arab dilihat gagal bertindak. Di bawah arkitek dasar luar baharu Ahmet Davutoglu, akademik hubungan antarabangsa berpengalaman luas, Turki mengaktifkan usaha baharu membina hubungan baik dengan negara-negara jiran termasuk Armenia dan Syria dan cuba membina ruang pengaruh, berdasarkan fahaman pan-Turkisme atau apa yang disifatkan pemerhati sebagai perspektif "neo-Uthmaniyah" Ahmet. Ahmet, yang pengalamannya termasuk mengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Beykent Istanbul, disebut sebagai "Henry Kissinger Turki" yang kini menjadi tokoh penting parti pemerintah, AKP.

3. Konflik Yaman


Menjelang Ramadan tahun lalu, Yaman menyaksikan bermulanya konflik melibatkan kerajaan pimpinan Presiden Ali Abdullah Saleh dengan pemberontak Houthi di utara. Kini, setelah tiba bulan Muharram 1431, konflik di Yaman semakin meluas dan meningkat dari segi intensitinya, apabila AS mula terlibat dalam serangan terhadap kumpulan al-Qaeda di negara ini, kumpulan dikenali sebagai al-Qaeda di Semenanjung Arab (al-Qaeda in the Arabian Peninsula, AQAP) menggabungkan al-Qaeda Yaman dengan Arab Saudi. Negara dilanda masalah sumber air dan hidrokarbon ini juga berdepan kebangkitan kumpulan pemisah Marxist di selatan. Penglibatan Saudi menyerang Houthi juga menambahkan kerumitan konflik ini, yang kini telah menyebabkan lebih 170,000 menjadi pelarian di dalam negara. Peranan Iran dan Saudi memperlihatkan dimensi persaingan kuasa serantau dalam konflik ini.

4. Pilihan raya presiden dan isu nuklear Iran


Iran mengadakan pilihan raya presiden pada 12 Jun lalu, dengan keputusan penyandang Mahmoud Ahmadinejad mengekalkan jawatan. Walau bagaimanapun, keputusan ini ditentang hebat Mir Hossein Mousavi dan ribuan penyokongnya, menggegarkan republik Islam yang berpandukan kepada ide Wilayatul Faqih yang menetapkan kuasa kepada para ulama. Kebangkitan digelar "revolusi hijau" oleh kem Mir Hossein mendapat kredibiliti dan imej yang positif bagi sesetengah pihak kerana warna hijau yang digunakan - yang dikaitkan dengan Islam dan Nabi Muhammad saw - sebagai simbol gerakan menentang pemerintah Iran. Pemerintah Iran masih berdepan cabaran getir penentangan ini, yang mendapatkan simpati apabila Ayatullah Hossein Ali Montazeri meninggal dunia pada 20 Disember lalu. Pada masa yang sama, Iran terus berdepan cabaran berhubung isu nuklearnya apabila sikap kerajaan baharu AS tidak berubah walaupun sedia berunding.

5. Afghanistan-Pakistan dan Taliban

Afghanistan dan Pakistan ditangani sebagai satu oleh sebahagian besar komuniti dasar luar AS, ekoran hubungan rapat kumpulan Taliban di kedua-dua negara dan kaitan rapat geografi kedua-dua negara dalam konflik di Afghanistan. Afghanistan kini menjadi satu agenda dasar luar penting bagi Obama, yang meluluskan 30,000 anggota tentera untuk dihantar ke negara ini. AS kini mempunyai kehadiran yang besar di Asia Tengah. Pada masa sama, Presiden hamid Karzai baharu melengkapkan anggota kabinetnya, yang dikritik ramai sebagai tidak memenuhi janji memerangi korupsi dan pada masa sama memberikan kuasa kepada pihak-pihak tidak sepatutnya. Kedatangan lebih ramai tentera AS dan pemerintahan Hamid yang tidak bersih dan bebas bakal meneruskan ketidaktentuan di Afghanistan. Kedatangan lebih ramai anggota tentera mampu meningkatkan lagi konflik dengan kumpulan militan.

6. Lanun dan kehadiran kuasa asing di Somalia


Penculikan dan rampasan kapal oleh lanun Somalia yang mula berleluasa pada 2008 terus berlaku pada 2009, dan menarik kedatangan tentera-tentera laut asing termasuk Jepun dan Rusia, menjadikan kawasan perairan Somalia yang strategik itu semakin tegang. Kawasan Teluk Aden bersempadan Laut Merah - dihubungkan laluan sempit Bab al-Mandeeb di tengah-tengah antara Djibouti dan Eritrea dengan Yaman - ialah satu laluan penting dalam perdagangan antarabangsa. AS juga menjalankan operasi pesawat tanpa juruterbang di kawasan perairan ini. Kawasan ini terletak tidak jauh daripada Yaman, satu lagi kawasan panas yang menjadi salah satu sumber senjata bagi lanun Somalia. Selain itu, tentera AS dan Iran juga meningkatkan kehadiran di kawasan perairan ini, mengaitkannya dengan isu lanun dan juga ketidakstabilan di Tanduk Afrika dan Yaman.

7. Pilihan raya Lubnan

Lubnan menjadi medan persaingan kuasa-kuasa asing sejak sekian lama, dan pilihan raya pada 7 Jun 2009 menunjukkan realiti ini kekal dalam permainan politik Lubnan. Kumpulan 14 Mac yang pro-Barat memenangi 71 daripada 128 kerusi, yang dibahagikan kepada 64 untuk Muslim dan 64 Kristian, susunan diwarisi daripada penjajahan Barat yang memberi kelebihan kepada Kristian. Saad Hariri dan kumpulan 14 Mac mendapat sokongan kuat AS, Arab Saudi dan Mesir, manakala Hizbullah dan Amal disokong Iran dan Syria. Kumpulan diketuai Hizbullah yang disebut-sebut akan menang tidak berjaya merealisasikan jangkaan itu, tetapi Lubnan meneruskan penubuhan kerajaan perpaduan seperti yang dilaksanakan penggal lepas, proses yang hanya selesai beberapa minggu lalu, dengan Saad mengetuai kerajaan baharu.

8. Uyghur di Xinjiang

Wilayah Xinjiang menyaksikan kebangkitan rakyat berketurunan Uyghur memprotes layanan buruk kerajaan China dan dominasi kaum Cina han di wilayah tersebut. Di sini dapat diperhatikan perana Turki menggerakan kaum Uyghur daripada rumpun bangsa Turki sebagai sebahagian agendanya meluaskan ruang pengaruh. Ankara dan Beijing bertikam lidah dalam hal ini, dengan Turki berperanan sebagai pembela nasib Uyghur ketika China dilihat di seluruh dunia sebagai penindas. Dengan sokongan Turki dan AS, Rebiya Kader, tokoh Uyghur berpangkalan di Washington muncul sebagai ikon kaum tertindas ini, hampir menyamai peranan dimainkan Dalai Lama bagi Tibet. Perkembangan ini, yang berlanjutan selama beberapa bulan, menyumbang dalam menjadikan perjuangan Uyghur menuntut kebebasan dalam hal berkaitan agama dan budaya menjadi perhatian dunia Islam untuk satu tempoh.

9. Libya dan pembebasan Abdel Baset al-Megrahi


Abdel Baset al-Megrahi, disabit bersalah dalam pembunuhan 270 orang akibat pengeboman pesawat AS, Pan Am 103 di ruang udara Lockerbia, Scotland pada 21 Disember, 1988. Beliau dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Negaranya, Libya, menjadi tumpuan negara-negara Barat terbabit dan diletakkan sebagai satu musuh utama untuk satu tempoh yang panjang. Pada 20 Ogos lalu, beliau dibebaskan atas dasar kemanusiaan kerana dinilai doktor menghidap kanser prostat dan hanya akan hidup kurang tiga bulan lagi. Satu debat politik antarabangsa berlangsung ekoran tindakan kerajaan Scotland ini. Abdel Baset masih berusaha membersihkan namanya daripada tuduhan terlibat dalam pengeboman itu. Keadaan sekitar pembebasan Abdel Baset mengundang pelbagai spekulasi berhubung rundingan pembebasan beliau melibatkan kerajaan terbabit.

10. Islamofobia di Eropah

Di Dresden, timur Jerman, pada 11 November lalu, Alexander Wiens, pembunuh Marwa al-Sherbini dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Wiens disabit membunuh Marwa akibat prejudisnya terhadap wanita Muslim berasal Mesir itu. Beberapa minggu lalu, di Switzerland, usaha mengharamkan menara masjid di negara itu mendapat sokongan 57 peratus pengundi negara Eropah itu. Sentimen itu sampai ke Belanda dan Jerman, apabila ahli-ahli politik berhaluan kanan di sana melahirkan sentimen yang sama. Sebelum itu, di Cologne, Jerman dan di utara London, Inggeris, protes terhadap masjid telah berlaku, memperlihatkan sentimen yang semakin disuarakan di Eropah, walaupun tidak kelihatan mendapat sokongan popular. Perkembangan ini menimbulkan persoalan tentang potensi ancaman kepada kepelbagaian budaya dan kebebasan beragama di Eropah.